Apa menu yang buat kecur liur anda? Menucolek kaki ayam air asam ni pastikan dalam list menu. Sekali makan confirm ketagih nak nikmatinya. Mudah saja buat hanya perlu seimbangkan rasa masam,manis dan masin dan pedas. Barulah kaw rasanya.
COLEK KAKI AYAM AIR ASAM
Bahan-bahan:
Kaki ayam dipotong kuku/ cuci bersih/rendam air garam kemudian basuh balik
Kaki ayam direbus (masukkan garam halia dan bawang putih) boleh masak guna periuk noxxa/ pressure cooker,masak selama 20 minit.(bila kaki ayam lembut baru sedap dimakan)
Bahan air asam:
Air asam jawa (lebihkan air asam bagi pekat,lagi padu rasanya)-beli online di sini
Perasa (gula,garam dan ajinomoto)
(Dimasak)
Bawang Holland dipotong dadu-beli online di sini
Tomato dipotong dadu
Cili api (hijau dan merah untuk nampak lebih menarik) dipotong dadu-beli online di sini
Daun ketumbar (dipotong halus)
Kicap sotong (nak letak pun boleh, tak nak pun tak apa)
Cara membuat:
1.Semua bahan di atas di gaul sebati bersama kaki ayam bila air asam dah suam.
2.Akhir sekali taburkan cili flakes dan letak limau kasturi.
Kredit: Nursoffea Zakaria
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official