Kecur Liur Dengan Sup Siam Paling Sedap Dan Mudah Buat

Share

Korang yang suka menu sup pasti suka dengan sup yang dikongsi oleh Puan Liza ni. Simple dan mudah buat, yang penting rasa terangat sedap.Bila hirup je kuah sup siam ni, terasa seperti berada di Restoran Thai bertaraf kayangan. Tabur bawang goreng lagi sedap. Rasa sup masam-masam sungguh menyelerakan. Kalau ada sambal hitam lagi padu.

Sup Siam

 

Bahan-bahan menumis:

1/2 biji bawang Holland- dihiris

4 biji bawang putih-diketuk

3 batang serai-diketuk

2 inci halia-diketuk

2 inci lengkuas-diketuk

4 helai daun limau purut

Akar ketumbar

1 paket sup tulang bunjut

 

Bahan-bahan akhir masakan:

1/2 biji bawang Holland

2 batang saderi

2 biji tomato

3 biji cili padi diketuk

Daun ketumbar

3 biji limau kasturi

Jangan lupa 1/2 kilo tulang rusuk lembu

 

Dapatkan KARANGKRAF AL-QURAN AMAZING 6 JUZUK PERJILID EXCLUSIVE dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

Cara memasak:

1 Rebus tulang dan daging sampai lembut. Kalau ada periuk tekanan elok diguna. Cepat sikit empuk dagingnya.

2.Panaskan minyak, masuk semua bahan menumis. Tumis sampai kekuningan.Bunjut berbalut putih tu la rahsia kesedapan.


3. Daging dah empuk, masuk bahan tumis dalam periuk daging. Termasuklah bunjut putih tu.

4.Perah 3 biji buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon.Kalau ada sos ikan masuklah 2 sudu. Tak ada pun takpa.

5.Kemudian masuk semua bahan akhir masakan. Cili api boleh letak banyak kalau nak pedas terangkat.

6.Perasakan dengan garam secukup rasa.

7.Akhir sekali tabur daun ketumbar. Kalau tak suka ketumbar, gantikan dengan daun sup dan daun bawang.

Kredit: Liza Idris

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri