Bosan dengan menu yang sama atau mahukan kelainan. Boleh saja sediakan menu mi yang tidak membosan dan disukai sekeluarga. Hidangan mi kari ala nyonya yang pastinya tidak muak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Rempah ratus yang digunakan memberikan aroma yang menyelerakan. Dikongsikan resipi enak ini.

MI KARI ALA NYONYA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning
  • 500gm ayam | potong kecil
  • 1kg kerang | rebus dan ambil isi
  • 300gm udang | rebus dan buang kulit
  • 2 cawan air rebusan udang
  • 10-15 biji bebola ikan
  • 3 keping kek ikan
  • 4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak. BELI ONLINE DI SINI

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang – BELI ONLINE DI SINI
  • 3 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

Bahan untuk kisar halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai | hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
  • 2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut

Bahan untuk hiasan:

  • 4 biji telur rebus | potong dua
  • 2 tangkai sawi | potong dan rebus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi | potong dua
  • Taugeh
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Tauhu kering goreng

CARA MEMASAK:

IKLAN

1.  Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.

2.  Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.

3.  Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.

4.  Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.

IKLAN

5.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.  Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.

Dapat Hampir 10 Ribu Share Di Facebook, Ini Tip Kekalkan Kesegaran Sayur Hingga Sebulan

IKLAN

Kari Ikan Tongkol , Makan Dengan Nasi Dagang Sedap Ni…

Masakan Terlalu Masin? Jangan Risau, Ini Petuanya Agar Makanan Berubah Jadi Lazat

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI