Nagasari Pisang, kuih lama dalam keluarga lepat ini sangat sedap. Dihasilkan dari tepung beras, tepung ubi, gula dan santan, sudah cukup membayangkan keenakannya. Kalau anda belum cuba membuatnya, cubalah ye, resipi macam biasa RASA sharekan kat sini. Kot-kot hujung minggu teringin buat kuih sendiri.
NAGASARI PISANG
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung beras
50gm tepung ubi
125gm gula pasir
800 ml santan
1sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 helai daun pandan | simpulkan.
Daun pisang secukupnya | layur dan lap
Pisang secukupnya ikut cita rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan,gula pasir,garam dan daun pandan dalam periuk.
- Renehkan sekadar santan masak sahaja, kemudian tutup api.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung beras dan tepung ubi, esen vanilla, kemudian tuangkan santan tadi.
- Adun perahan hingga rata agar tidak bergentel.
- Letakkan semula di atas dapur, renehkan di atas api kecil sambil kacau.
- Reneh hingga meletup-letup, baru tutup api.
- Sediakan daun pisang yang sidah dipotong ikut saiz dan dilap.
- Tuangkan sesudu adunan kemudian ratakan dan letakkan pisang di atasnya dan tutup degan sesudu lagi adaunan.
- Lipatkan daun pisang, kemudian susun dalam pengukus, kukus hingga masak lebih kurang 15-20 minit.
- Setelah masak,sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.
Resipi & photo: @hanhanny