Selepas viral dan semakin dikenali, Youtuber Sugu Pavithra sekali lagi diperkatakan apabila mereka mendapat hadiah istimewa. Individu yang bagi hadiah itu pula bukan calang-calang. Perdana Menteri Malaysia tau!

S Pavithra dan suaminya M Sugu sendiri tak pernah menyangka bakal menerima hadiah daripada PM. Dengan rendah hati, pasangan suami isteri ini menyedari bahawa mereka hanyalah orang biasa dan tak pernah berharap dapat hadiah daripada PM.

Keep Up The Good Work, Ucapan PM Untuk Youtuber Sugu Pavithra Berserta Hadiah Istimewa

Kad ucapan daripada PM diabadikan dalam bingkai gambar.

Tapi zaman sekarang ni memang dah berbeza dengan zaman dulu. Sekarang ni, orang biasa pun boleh jadi ‘seseorang’ dengan adanya teknologi moden kan? Youtuber boleh mencipta nama dan jadi terkenal dengan konten berkualiti yang dikongsikan di laman sosial video tersebut.

NAK TAHU APA HADIAHNYA?

Hadiah istimewa PM untuk suami isteri ini adalah tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan barangan memasak. Memang sangat sesuai sekali hadiah itu dengan keperluan Sugu Pavithra untuk memasak dengan peralatan yang lebih best.

Keep Up The Good Work, Ucapan PM Untuk Youtuber Sugu Pavithra Berserta Hadiah Istimewa

IKLAN

Tripod.

 

Keep Up The Good Work, Ucapan PM Untuk Youtuber Sugu Pavithra Berserta Hadiah Istimewa

Pavithra kata dia tak pernah ada tripod sebelum ni.

 

IKLAN

Keep Up The Good Work, Ucapan PM Untuk Youtuber Sugu Pavithra Berserta Hadiah Istimewa

Microwave dan periuk nasi elektrik.

 

Keep Up The Good Work, Ucapan PM Untuk Youtuber Sugu Pavithra Berserta Hadiah Istimewa

IKLAN

Pavithra bersama sebahagian barangan masakan yang diterima.

 

Dalam youtube mengenai hadiah daripada PM ini, Pavithra ada menyatakan yang hujung minggu ini dia akan memasak untuk jiran-jirannya memandangkan barangan memasak yang diterima daripada PM adalah banyak.

Sweet sangat pasangan ni bila mengabadikan kad ucapan daripada PM dalam bingkai gambar. Ucapan PM yang tertulis dalam kad ucapan itu berbunyi “Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home” (Teruskan usaha yang baik, duduk di rumah sahaja).

Ternyata PM kita amat peka dengan perkembangan dunia media sosial. Dan kepekaan PM telah membuatkan Youtuber ini lebih seronok untuk menghasilkan video masakan yang lebih menarik untuk ditonton.

Mengikut rekod, setakat ini pengikut Youtube Sugu Pavithra telah berjumlah lebih 441,000. Jumlah ini sangat banyak bagi seorang Youtuber yang masih baru. Tahniah daripada kami di Majalah RASA.

Kredit: Youtube Sugu Pavithra

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI