Udang antara makanan laut ini yang biasa kita beli. Sebelum masak kepala dan kulit udang selalunya kita buang.
Tapi kalau ada bercucuk tanam di rumah, sebaiknya simpan sisa udang ini kerana boleh jadi baja ‘power’ untuk tanaman.
Caranya dikongsi oleh Azuan Abdullah. Menurut beliau baja kepala dan kulit udang ini boleh menguatkan pokok selain cepat merawat pokok yang terkena serangan perosak.
Ads
Cara buat ‘baja power’ untuk tanaman guna kepala/kulit udang
Bila siang udang, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power untuk tanaman. Ada tiga cara nak buat baja menggunakan kepala dan kulit udang ini.
1. Paling mudah rebus
Paling mudah, kita rebus kepala udang hingga mendidih. Kemudian biarkan sejuk. Toskan airnya. Air ini boleh siram terus atau nak simpan pun boleh. Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram kena buat pencairan dulu ya.
Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah. Kalau nak simpan, kena sangai/jemur bagi ia jadi rapuh dulu. Kemudian tumbuk atau kisar. Boleh simpan lama buat begini.
2. Keringkan
Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang. Sebaliknya sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Kemudian tumbuk atau kisar. Cara ini lagi power dari cara nombor 1.
Ads
3. Peram dengan gula merah, paling power
Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos hingga air kering. Kemudian peram dengan gula merah.
Lepas sebulan, tapis ambil airnya sahaja.
Untuk penggunaan kena tambah air, 2-5 ml untuk 1 liter air baja bergantung pada umur pokok
Air baja ini memang padu buat semburan pada pokok. Pokok cili yang disembur air ini akan punya antibodi yang kuat. Bukan pokok cili saja tapi boleh guna pada semua jenis pokok.
Kalau suka makan jagung, ada baiknya kita tanam sendiri di rumah. Supaya dapat hasil jagung yang penuh dengan isi yang besar boleh gunakan cara yang dikongsi Farah Aisyah Ahmad.
Kaedah ini katanya digunakan untuk menanam jagung sebanyak lima kali dan ternyata semuanya mendapat hasil yang memuaskan hati.
Cara tanam jagung supaya dapat isi penuh
Terlebih dahulu bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki.
Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam (biji benih jenama Grabbit).
3 perkara penting ketika menanam jagung
1. Air
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari ke-10. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Buat pendebungaan manual, untuk dapat isi jagung penuh
Bila pokok jagung sudah berbunga, lakukan pendebungaan manual. Ia sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Caranya, secara ringkas ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan atau oles pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
Untuk lebih faham bunga jantan dan bunga betina boleh lihat gambar rajah di bawah. Bunga jantan berada di atas manakala bunga betina bunga betina celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.
Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.
Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:
1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.
2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.
4 batang serai
2 ini halia
1 labu bawang besar,
1 inci lengkuas,
5 ulas bawang putih.
Kesemua bahan tadi di potong-potong.
Letak sedikit garam
3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong
5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.
Sumber: Mariberkongsi
RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-bahan:
2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang kecil *
1 inci belacan *
asam jawa, garam & gula
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.
Makanan yang tidak diolah dengan bersih akan memudahkan anda mendapat sakit akibat makanan yang dimakan. Mikro-organisma termasuk bakteria, virus dan kulat yang terdapat dalam makanan boleh menyebabkan keracunan makanan yang membawa kepada pelbagai tanda-tanda yang tidak menyenangkan seperti sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.
Kebersihan makanan perlu dititikberatkan bagi menghindari penyakit berbahaya daripada membelenggu diri. Keracunan makanan kadang-kadang boleh membawa kepada gastroenteritis, yang merupakan keradangan perut dan usus, atau masalah kesihatan yang lebih serius seperti keracunan darah (septisemia) dan kegagalan buah pinggang.
Ingat beberapa perkara yang mudah bagi mencegah keracunan makanan. Kebersihan makanan di tahap terbaik boleh melindungi keluarga tersayang daripada dijangkiti penyakit berbahaya. Semuanya bermula dari rumah.
Amalan mencuci tangan
Salah satu perkara yang paling penting ialah memastikan tangan sentiasa bersih daripada sebarang kuman dan bakteria.
Pembersihan tangan tidak bermakna hanya lulus apabila tangan anda di bawah air paip, tangan perlu digosok dengan betul menggunakan sabun. Tangan perlu dibasuh selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas batuk atau bersin dan semasa penyediaan makanan.
Ia mungkin kelihatan berlebihan untuk membasuh tangan lima kali atau lebih semasa menyediakan hanya satu hidangan, tetapi ini adalah cara terbaik bagi memastikan tangan anda bersih dan bebas daripada sebarang kotoran serta bakteria yang boleh merebak.
Kaunter kerja bersih
Sebelum anda bermula untuk menyediakan apa-apa makanan, pastikan kawasan kerja di dapur berada dalam keadaan bersih dan sempurna. Work tops perlu dicuci dengan menggunakan kain bersih atau span. Selain itu, peralatan dapur juga perlu dibersihkan sebelum anda menggunakannya. Ia perlu dicuci dengan cecair pencuci dan air panas.
Ruang kerja yang sentiasa digunakan juga pastinya terdedah kepada sebarang kekotoran. Oleh itu, pastikan anda membersihkan apa-apa makanan tertumpah merta bagi mengelakkan daripada berlarutan ke ruang lain. Mengekalkan ruang kerja yang bersih mampu mengurangkan risiko makanan tercemar.
Penyimpanan
Jika anda menyimpan makanan di tempat yang salah atau pada suhu yang salah, ia boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria. Oleh itu, anda perlu sentiasa periksa label untuk panduan di mana untuk menyimpan makanan.
Menyimpan makanan segar dan beku di dalam peti sejuk atau beku secepat mungkin selepas anda membelinya. Ini adalah penting terutamanya dalam cuaca panas.
Simpan daging mentah dan makanan laut yang berasingan daripada makanan lain.
Menyimpan daging mentah dalam bekas kedap udara di bahagian bawah peti sejuk bagi mengelakkan jus atau darah menitis ke makanan lain.
Letakkan bahan mentah di dalam bekas supaya ia tidak menitik sekali gus mencemarkan makanan lain.
Buang sebarang makanan yang telah luput tarikh.
Menyimpan makanan dengan betul dapat membantu mengekalkan kualiti supaya ia selamat untuk dimakan. Barang-barang kering seperti gula atau tepung perlu disimpan dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering. Bekas kemudiannya diletakkan ke dalam pantri atau di kaunter dapur di mana ia bebas daripada kelembapan dan suhu yang melampau.
Selain itu, ketahuilah bahawa makanan yang telah dimasak atau disediakan kebiasaannya selamat untuk dimakan dalam masa yang singkat. Selepas itu makanan tersebut yang perlu disejukkan atau dibuang. Jika makanan yang ditinggalkan terlalu lama, bakteria boleh mula tumbuh di atasnya. Makanan rosak atau tercemar boleh mengakibatkan keracunan makanan atau penyakit lain.
Persediaan
Jangan mengendalikan makanan jika anda mempunyai masalah perut, seperti cirit-birit, muntah-muntah, bersin atau batuk dengan kerap.
Periksa label makanan sebelum anda membuat keputusan apa yang perlu digunakan. Makanan kedai yang dibeli datang dengan dua tarikh iaitu penggunaan mengikut tarikh dan terbaik sebelum tarikh. Jangan gunakan apa-apa makanan yang telah luput tarikh. Walaupun anda fikir ia kelihatan baik, ia mungkin tidak selamat untuk dimakan.
Rambut yang panjang harus diikat bagi menampilkan kekemasan dan juga mengelakkan daripada rambut termasuk ke dalam makanan semasa penyediaan.
Sebelum memasak, tanggalkan barang perhiasan seperti cincin, jam tangan dan gelang dan membasuh tangan. Ia adalah tempat pembiakan yang sesuai untuk bakteria yang kemudiannya boleh mencemarkan makanan. Ia juga membuat aktiviti memasak lebih mudah tanpa sebarang perhiasan.
Tukar semua tuala teh, tuala dapur dan bahan-bahan pembersihan yang lain dengan kerap kerana ini boleh menyebabkan pembiakan bakteria terutamanya jika ia lembap.
Bersihkan pinggan mangkuk sebelum meletakkannya di atas meja makan. Walaupun pinggan yang disimpan di dalam almari mungkin agak bersih, ia perlu dibilas dengan air panas dan sedikit sabun bagi menghalang bakteria daripada terus tersembunyi. Ini adalah penting terutamanya untuk peralatan makan yang sudah lama tidak digunakan untuk tempoh yang agak lama.
Gunakan pemotong yang berbeza
Sebaik-baiknya, anda perlu menggunakan papan pemotong yang berlainan untuk daging mentah, produk tenusu, ikan, dan barang salad. Anda boleh membeli papan pemotong kod warna (misalnya, merah untuk daging mentah dan hijau untuk buah-buahan dan sayur-sayuran), yang membantu mengelakkan kekeliruan.
Tetapi jika anda tidak dapat berbuat demikian, pastikan anda membasuh setiap papan yang telah digunakan dalam air sabun panas bagi mengelakkan pencemaran.
Sumber gambar: 123 royalty free
Nak dapatkan pelbagai peralatan memasak elektrik di Shopee? Jom klik sini
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira