Udang antara makanan laut ini yang biasa kita beli. Sebelum masak kepala dan kulit udang selalunya kita buang.
Tapi kalau ada bercucuk tanam di rumah, sebaiknya simpan sisa udang ini kerana boleh jadi baja ‘power’ untuk tanaman.
Caranya dikongsi oleh Azuan Abdullah. Menurut beliau baja kepala dan kulit udang ini boleh menguatkan pokok selain cepat merawat pokok yang terkena serangan perosak.
Bila siang udang, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power untuk tanaman. Ada tiga cara nak buat baja menggunakan kepala dan kulit udang ini.
Paling mudah, kita rebus kepala udang hingga mendidih. Kemudian biarkan sejuk. Toskan airnya. Air ini boleh siram terus atau nak simpan pun boleh. Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram kena buat pencairan dulu ya.
Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah. Kalau nak simpan, kena sangai/jemur bagi ia jadi rapuh dulu. Kemudian tumbuk atau kisar. Boleh simpan lama buat begini.
Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang. Sebaliknya sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Kemudian tumbuk atau kisar. Cara ini lagi power dari cara nombor 1.
Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos hingga air kering. Kemudian peram dengan gula merah.
Lepas sebulan, tapis ambil airnya sahaja.
Untuk penggunaan kena tambah air, 2-5 ml untuk 1 liter air baja bergantung pada umur pokok
Air baja ini memang padu buat semburan pada pokok. Pokok cili yang disembur air ini akan punya antibodi yang kuat. Bukan pokok cili saja tapi boleh guna pada semua jenis pokok.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Azuan Abdullah