Kek Alunan Kasih Ku Untuk Mu Sayang

Share

 

Merupakan kek mentega yang dilapiskan dengan serbuk koko dengan jaluran beralun.

KEK ALUNAN KASIH
BAHAN-BAHAN:

  • *1 cawan majerin/butter
  • *¾ cawann gula (kalau suka manis boleh letak 1 cawan)
  • *1 sudu besar ovellete
  • 5 bji telur gred b
  • ¼ cawan susu cair
  • Esen vanilla
  • 1 suru kecil baking powder
  • 2 cawann tepung gandum
  • Pewarna yang disukai
  • Serbuk koko

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Adun bahan yang bertanda * sehingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.
  3. Adun lagi sehingga kembang dan masukkan susu dan esen vanilla.
  4. Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Adun hingga sebati.

CARA MELAPIS:

  1. Bahagikan adunan kepada 5 bahgian atau beberapa warna yang anda suka.
  2. Masukkan ke dalam piping bag.
  3. Glis kn loyang dgn minyak.
  4. Paipkan adunan warna yang pertama hingga habis dan menutupi ruang.  Tidak perlu ratakan.
  5. Ayakkan serbuk koko menutupi adunan yang pertama.
  6. Ulang langkah seterusnya. Paip kan warna yagn ke 2 sehingga habis dan menutupi serbuk koko tadi.
  7. Seterusnya ayak lagi serbuk koko.
  8. Ulang langkah sehingga semua adunan habis. Adunan terakhir tidak perlu tabur serbuk koko.
  9. Bakar 170c dan 50minit.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sheila Cyla

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

Published by
Zera Naim