Kek Batik Coklat Ganache, Kurang Manis Kaya Coklatnya.

Share

Kek batik coklat ni memang macam macam variasi ada. Min paling suka Kek Batik Coklat Ganache yang diliputi coklat ganache yang mencair di mulut. Kek batik ni buatnya mudah aje. Jom semak resipi perkongsian dari Haslina Md Ali.

Dapat makan dengan kopi atau teh memang sedap nih. Memang senang sangat memasaknya.

KEK BATIK COKLAT GANACHE
.

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm mentega
  • 200gm milo (paket kecil)
  • 2 sudu besar susu pekat manis | kalau korang kuat manis masukkan la lebih
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 paket biskut marie | patahkan kecil-kecil
  • 1/4 cawan air panas

Bahan coklat ganache :

  • 100gm dark coklat
  • 100gm milk coklat
  • 200gm whipping cream (anchor)
  • 1 sudu besar mentega

CARA MEMASAK :

Cara buat kek batik :
1. Cairkan mentega (guna kuali lebih senang)
2. Masukkan 2 sudu susu pekat
3. Masukkan milo
4. Masukkan serbuk koko


5. Air panas sedikit
6. Gunakan api kecil, kacau hingga tak berketul. Dah okay masukkan biskut Marie.
7. Kacau sebati pastikan semua biskut kena coklat.

8. Ambil loyang letak baking paper. Masukkan dalam loyang, mampatkan sehingga betul=betul padat.
9. Masukkan dalam peti ais sekurangnya empat jam.

Cara buat coklat ganache :
1. Double boilkan semua (dalam bekas beralas air panas) dah siap.
2. Curah atas kek batik. Ratakan coklat biar semua penjuru kena. Masuk dalam peti ais dan Sejukkan lagi.
3. Potong besar mana ikut suka. Siap untuk dimakan.

Kredit : haslinah md ali

Ingin membeli belah perkakas dapur dan keperluan rumah, jom layari DI SINI. Banyak pilihan dengan harga tawaran menarik buat anda. 

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

ATAU JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/kek-karamel-pelangi-kukus-lembut-di-tekak/

 

 

 

Published by
Faridah Talib