Kek Batik Coklat Keju Super Sedap, Anak-anak Gerenti Suka

Share

 

Kek batik coklat keju. Sebenarnya ada banyak versi kek batik. Bagi penggemar kek batik, boleh cub versi puan Mas Dalina ini ye.

Dia telah gabungkan dua resipi jadi satu. Selamat mencuba! Gerenti sedap tau!

Kek Batik Coklat Keju

Lapisan Bawah:

Bahan-bahan:

2/3 cawan air

1 sudu kecil serbuk agar-agar – boleh beli online di sini

250 gram mentega (pemilik resipi guna Anchor) 

250 gram susu pekat (lebih kurang 1/2 tin, ikut kemanisan masing-masing)

125 gram Milo 

3 sudu besar serbuk koko

½ sudu kecil serbuk Nescafe (pilihan)

Biskut Merie (lebih kurang 2 paket sekali dengan lapisan atas nanti)

Lapisan Atas:

Bahan-bahan:

Biskut Marie secukupnya

200ml susu segar dipanaskan

250g cheese cream (suhu bilik) 

10ml susu segar 

1/2 cawan gula halus – boleh beli online di sini

Cara Membuat:

Untuk bahagian bawah; alas loyang (guna 8″x2″) dengan plastik atau alumnium foil. Guna ini lebih stabil. Guna tupperware pun boleh…

Masak air dan agar-agar. Kacau hingga larut dan mendidih. Kemudian masukkan mentega, gunakan api paling kecil.

Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga sebati. Masukkan serbuk koko, gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Tutup api.

Susun biskut Marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.

Setelah itu, susun lagi biskut Marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah sehingga adunan habis. Lapisan biskut yang terakhir. Boleh simpan dalam peti sejuk.

Untuk sediakan bahagian atas, satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar (10ml) sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan

Panaskan 200ml susu segar, padamkan api. Keluarkan loyang berisi kek batik tdi. Percikkan sedikit susu suam2 panas tadi keatas biskut lapisan atas. Sapukan adunan cheese menutupi lapisan biskut.

 Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suam panas). Terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je). Sapukan adunan keju di atasnya, ratakan.

Boleh kisar lebihan biskut dan taburkan atas lapisan keju. Atau boleh ayak saja milo.

Simpan semula di dalam peti. 1-2 jam dah boleh potong. Tak perlu semalaman. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa