Kek Batik lembut dan sedap. Sekejap saja mesti dah habis. Anak-anak pun tentu suka. Nak buatnya taklah susah sangat. Bahan yang diperlukan juga senang cari.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nor Aini Abd Rahman (BIKMM) ini ye.
½ ketul buttercup
1 cawan Milo – boleh beli online di sini
½ cawan susu pekat manis – boleh beli online di sini
2 biji telur
½ cawan serbuk koko – boleh beli online di sini
1 paket biskut Marie (300gram) – boleh beli online di sini
½ cawan Nestum (pilihan) – boleh beli online di sini
Setengah cawan air / susu cair
Dalam satu bekas, cairkan marjerin, masukkan susu pekat, Milo dan Nestum. Kacau rata.
Kemudian masukkan air ataupun susu cair dan telur. Kacau lagi. Setelah itu, tutup api. Masukkan biskut Marie dan gaul rata sehingga biskut bersalut coklat. Tak perlu patah-patahka biskut. Biarkan sekeping-sekeping. Nanti lagi cantik.
Masak dengan api kecil ya.Alaskan loyang dengan plastik, masukkan adunan biskut tadi dan tekan-tekan bagi padat. Sejukkan dalam peti ais sejam dua.
Siap! Keluarkan daripada peti ais bila nak makan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyk video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official