Jika beli kek bulat bersaiz kecil dan untuk dinikmati oleh beberapa orang sahaja, cara memotong yang biasa berbentuk tiga segi mungkin tidak memberi apa-apa masalah. Namun, macam mana pula jika kek yang bersaiz sederhana tetapi untuk dihidangkan kepada tetamu yang ramai ataupun yang jumlahnya tidak dapat pasti?
Situasi ini biasa terjadi terutamanya di majlis-majlis sambutan hari jadi, majlis jamuan sekolah dan sebagainya. Jika majlis itu dihadiri oleh kanak-kanak, lagilah serba salah dibuatnya. Maklumlah, budak-budak ni memang suka kek walaupun makannya bukan banyak sangat.
Jika dipotong saiz tiga segi, mungkin boleh tetapi bimbang pula tak habis dimakan. Malah lebihan kek yang dah dipotong tu mesti nampak kurang menarik. Segan pula nak hidang untuk tetamu yang datang lambat.
Ada penyelesaian mudah yang boleh membantu anda iaitu dengan menukar cara pemotongan. Menurut Katherine Sabbath; seorang pakar kek dari Australia, beliau tertarik dengan cara pemotongan kek yang dilakukan oleh salah seorang kawannya.
Unik! Kek yang biasanya dihidangkan 6-8 hidangan jika dipotong tiga segi, kini anda boleh hidangkan hingga 30 hidangan dengan teknik memotong sebegini.
Menarik bukan? Sangat sesuai dipraktikkan lebih-lebih lagi dimusim jamuan akhir tahun ni kerana pasti ramai anak-anak yang bawa kek ke sekolah. Potongan sebegini nampak lebih kemas malah tak membazir. Selamat mencuba!
sumber: housebeautiful.com