IKLAN

Salah satu kek tradisional yang dikira premium adalah kek buah. Ini kerana kek buah menggunakan bahan yang agak mahal untuk dibuat. Mix fruit kena letak agak banyak baru sedap. Gunakan mentega yang berkualiti tinggi baru jadi seperti resipi asli. Jom buat untuk raya ni. Jangan lupa stay at home ye.

KEK BUAH

IKLAN

BAHAN A
300 gram gula kastor
60 ml air panas
250 gram mentega
500 gram mixed fruit

BAHAN B
350 gram tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala

BAHAN C
3 biji telur ayam grade A
1 sudu kecil esen vanila

CARA MEMBUAT
1. Ayak tepung gandum, soda dikarbonat dan serbuk buah pala.
2. Masukkan gula kastor ke dalam kuali yang permukaan bawahnya tebal. Dengan api sederhana, masak gula sehingga cair dan berwarna perang. Tidak perlu kacau. Goyangkan periuk ke kiri dan kanan sehingga gula mencair. Jangan sampai hangus.
3. Apabila gula sudah cair, tuang air panas dari tepi kuali. Kacau sehingga gula larut dan masukkan mentega.
4. Biarkan mentega cair kemudian masukkan mixed fruit yang telah dicuci dan ditos tadi.
5. Biarkan sekejap atas api. Tutup api. Tunggu suam, baru masukkan jus lemon. Kemudian masukkan adunan tepung gandum yang telah diayak tadi. Gaul secara kaup balik.
6. Pukul telur ayam bersama esen vanila sehingga berbuih dan tuang ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
7. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci. Tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser sedikit mentega supaya kek yang naik tidak melekat di aluminium foil.
8. Balut penutup periuk pengukus dengan tuala dapur supaya wap air tidak menitik atas adunan. Kukus selama 2 jam atau sehingga masak. Jika ingin menambah air pengukus, tambah air panas.
9. Selepas masak, biarkan kek di dalam pengukus sehingga sejuk supaya buah tidak jatuh atau mendap ke bawah.
10. Potong kek setelah kek sejuk. Lebih baik biarkan kek semalaman sebelum dipotong dengan menggunakan pisau yang tajam.

Selamat mencuba!