Ni dia resipi kek buah berselerak yang sedap lembab. Makin lama disimpan bila keluar dari peti sejuk, bila digigit ya ampun sedap kemain lagi.

Ni resipi kek buah versi bakar oleh Mariana Zainal yang sudi berkongsi resipi mengikut olahannya sendiri, Katanya, “InsyaAllah sedap tak manis tahap potong kaki. Mudah sebab tak payah kukus, bakar aje dalam oven.”

Pesan Mariana lagi. “Study dulu resipi baru buat.” Baginya nak sedap lagi gunalah mentega premium walau lebih mahal tetapi berbaloi-baloi lebih lazat lagi

KEK BUAH SELERAK VERSI BAKAR


Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab,Versi Buah Berselerak.
.

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm mentega anchor ( atau mentega pure butter)
  • 180gm gula perang – beli online DI SINI
  • 5 biji telur gred A
  • 300gm tepung naik sendiri |asingkan 50gm untuk salut pada buah-buahn kering dan coklat*callebaut) – beli online DI SINI
  • 1 sudu teh baking powder –  beli online DI SINI
  • 1/2 sudu teh baking soda (soda bicarbonat) -beli online DI SINI
  • 1 sudu teh esen vanila – beli online DI SINI 
  • 500gm buah-buahan kering (Marian guna kismis sultanas. nak kurangkan pun boleh aje
  • Sedikit coklat callebaut ( untuk taburan atas kek, tak letak pun tak apa) beli DI SINI
  • 50ml susu cair – beli online DI SINI
  • 1 1/2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon

* Callebaut jenama coklat belgium

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentga dan gula perang, selama 10 minit guna mixer.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, setiap biji pukul 1 minit (kelajuan tinggi)
3. Masukkan esen vanila, oren sunquick dan parutan lemon. Pukul dalam 1-2 saat dan matikan mixer.
4. Kemudian masukkan tepung dan susu cair berselang seli ke dalam adunan. Kaup balik sehingga sebati dan kemudian masukkan buah-buahan kering yang sudah dislaut tepung, kacau jangan lama.
5. Panaskan oven, griskan mentega dalam loyang saiz 8 inci dan lapikkan baking paper.
6. Masukkan adunan, ratakan dan hentakkan loyang .
7. Taburkan buah-buahan kering dan coklat callebaut.
8. Bakar selama sejam dalam suhu 170- 180 darjah Celcius, guna api atas dan bawah
9. Sebelum angkat cucuk dahulu guna lidi, kalau tak melekit tanda kek dah cukup masak.

Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab,Versi Buah Berselerak.

Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab,Versi Buah Berselerak.
.

IKLAN

Kredit foto & resipi : FB Mariana Zainal

 

INGIN MEMBELI OVEN TERBARU UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMBAKAR KEK, JOM BELI ONLINE DI SINI

IKLAN

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN INI:

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Sedap Menawan Selera, Jom Cuba Buat Kek Pandan Cheese Leleh, Guna Sukatan Cawan Saja

Kek Coklat Oreo Mewah Dengan Rasa Coklat

https://www.rasa.my/kek-lejen-asam-manis-buat-ketagih-nak-makan/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI