Kek butter cempedak. Unik kan? Ada yang pernah makan atau pernah buat sendiri? Sedap kan? Campuran butter dan isi cempedak yang manis membuatkan ia memiliki tarikan tersendiri. Penggemar buah cempedak patut cuba ni.
Bolehlah cuba masak untuk dihidangkan pada para tetamu pada hari raya nanti. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Linda Muja ini ye.
5 biji telur
250gram butter/mentega (biarkan pada suhu bilik) – boleh beli online di sini
100 gram Isi cempedak (gunting kecil)
1 sudu besar gula apong
2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu kecil baking powder – boleh beli online di sini
3 sudu besar gula kasar (tahap manis ikut suka) – boleh beli online di sini
1 sudu besar ovellete – boleh beli online di sini
Sedikit esen vanilla (anggaran sesudu kecil) – boleh beli online di sini
1 sudu kecil garam – boleh beli online di sini
Sedikit Isi cempedak
Pewarna hijau
Pewarna merah tua
Masukkan butter, gula apong dan gula kasar ke dalam mixer dan putar sebati sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu sambil terus putar mixer perlahan-lahan. Kemudian masukkan ovellete dan putar lagi.
Tambah tepung dan baking powder ke dalam mixer (diayak terlebih dahulu). Putar perlahan sampai sebati.
Setelah itu masukkan garam dan esen vanilla. Putar lagi sampai sebati. Masukkan isi cempedak dan gaul sebati saja menggunakan spatula. Tak perlu putar lagi.
Sapu loyang dengan majerin. Lapik dengan cooking paper. Masukkan adunan ke dalam loyang.
Hiaskan isi cempedak di bahagian atas kek dan titikkan Pewarna merah tua dan hijau. Kemudian corakkan mengikut corak kesukaan masing-masing pasa bahagian atas permukaan kek.
Bakar menggunakan suhu 160C s elama 60minit. Pastikan panaskan oven terlebih dahulu sebelum membakar kek, selama 10 minit menggunakan suhu yang sama.
Siap hidang. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official