
Kek butter tetap menjadi kegemaran ramai meskipun banyak kek lain yang sedang viral sekarang. Resipinya juga mudah, ringkas dan tidak renyah. Sesuai dijadikan menu untuk minum petang. Jom kita cuba buat kek butter menggunakan resipi perkongsian Zaihanififie Abu Bakar.
RESIPI KEK BUTTER SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
- 250 gram buttercup + 250 gram gula
- 6 biji telur (gred A) + 3 penutup esen vanilla
- 250 gram tepung naik sendiri (ayak)
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan bahan nombor 1 (dalam 5 minit)
- Masukkan nombor 2 sedikit-sedikit (3 kali masuk)
- Campurkan sehingga telur betul-betul mesra (lebih kurang 2 minit)
- Pastikan semua tepung dah mesra dengan adunan.
- Sediakan acuan pembakar.
- Sapu rata acuan dengan sedikit butter.
- Taburkan sedikit tepung dan ratakan di sekeliling acuan.
- Masukkan adunan kek. Ratakan dan buat lekuk sedikit di bahagian tengah supaya bila kek naik, ia akan naik sekata.
- Panaskan oven pada suhu 180°. Bila panas, masukkan kek dan bakar lebih kurang 40 hingga 45 minit.
- Ambil lidi sate dan cucuk di tengah kek. Kalau tak ada tepung yang terlekat pada kayu, itu bermakna kek sudah masak.
Selamat mencuba!
Jika anda sedang mencari OVEN yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: ZAIHANIFIFIE ABU BAKAR
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masakan Datin Isma Kini Dikongsi Jutaan Nitezen, Tapi Dua Resipi Ni ‘Signature Dish’ Dia Yang Digilai Ramai.

Melalui paparan gambar dan video masaknya dan mempunyai ramai pengikutnya di Instagram, mengerakkan hati penulis untuk lebih dekat dengan pemilik akaunnya iaitu Datin Isma Rohaiza. Ternyata beliau seorang yang suka memasak dan memasak adalah sebahagian dari rutin hariannya. Itulah yang dikhabarkan sebaik berkesempatan menghubungi beliau melalui telefon.

Bila hajat awal untuk menyunting Datin Isma bagi mengisi slot Air Tangan VIP dipenuhi namun beliau meminta shooting dan interview hanya boleh dibuat pada hujung minggu kerana hari-hari biasa beliau agak sibuk dengan urusan menghantar, mengambil anaknya yang bersekolah.
Tiba hari dijanjikan, Datin Isma menyambut kami dengan ramah, biarpun baru pertama kali bertemu. Keramahan itu menjadikan kami tidak kekok untuk berbual mesra dan berpeluang mengikutinya ke ruang dapur untuk menyiapkan hidangan.
“Sorrylah dapur saya agak bersepah sikit, inilah rupanya bila saya masuk dapur. Tapi di sinilah saya berkarya dalam masakan. Untuk hari ni, kat dapur santan untuk kuah Sagu Gula Melaka sudah siap. Ayam percik pun dah siap bakar tinggal celup dengan kuah perciknya lagi,”
ujar Datin Isma sambil tangannya terus tangkas mengemas dapurnya untuk member ruang kepada juru gambar menghalakan lensa kameranya.
Lebih kurang 15 minit, beliau yang dibantu oleh puterinya, Nik Amelia berserta adik beliau Isma Syarani telah siap menyusun atur meja hidangan. Penuh meja dengan menu utamanya set Nasi Kerabu yang lengkap dengan segala ulam-ulaman, Sambal Tumis, Serunding Kelapa, Ayam Percik, Telur Asin, Sambal Cili dan budu. Tak cukup dengan itu, beliau sempat juga menyediakan roti jala dengan Kuzi Kambing, Pulut Kuning dipadankan dengan Rendang Daging serta Sagu Gula Melaka.
Tak Sangka Kini Ramai Followers
Sesuatu yang menarik tentang Datin Isma, beliau seorang pengasas produk kecantikan, namun beliau lebih dikenali dalam bidang masakan di kalanngan followers di Instagram. Kata beliau semuanya berlaku secara tidak sengaja dan kebetulan.
“Sebenarnya saya ni seorang suri rumah dan ibu kepada dua orang anak. Pengasas produk itu, hanya atas kertas kerana yang mengendalikan bisnes adalah suami, Datuk Nik Azman. Saya lebih tumpukan kepada urusan rumah tangga dan anak-anak. Sebab itulah bila duduk di rumah saya suka ke dapur masak sendiri untuk suami dan anak-anak.
“Tentang followers di instagram, semuanya berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu saya mengikut suami ke London selama sebulan, memang tak laratlah makan western hari-hari. Lagipun bahan mentah ada jadi saya masak sendiri hari-hari kemudian pose gambar kat instagram. Tak sangka ramai yang mengikutinya dan bertanyakan resipi baru. Paling terharu apabila ada seorang ibu tunggal yang berjaya berniaga Nasi Goreng Ayam Berempah dengan menggunakan resipi yang saya kongskan dalam instagram”
Walaupun ramai yang sarankan beliau buka restoran, tetapi beliau tidak mahu ada komitmen dengan restoran bimbang tidak memang tangan. Penyelesaiannya, beliau sarankan adik dan anaknya buka satu lagi akaun instagram dengan nama Masak with Passion khas untuk segala pose resipi, gambar dan video masakan. Masa yang sama mereka buka oder untuk followers,” Datin Isma mengakhiri perbualan.

RESIPI KUZI
- BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang | dihiris nipis
- 1/2 tin susu cair
- 120ml sos tomato | anggaran ½ cawan
- 250ml air
- 100gm kismis
- 8 biji badam
- 4 sudu makan minyak sapi | dicampur sedikit minyak masak
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya
- 5 biji cili hijau | dibelah dua
- 2 biji tomato | dibelah empat
- Daun ketumbar dan kacang gajus secukupnya | dibuat hiasan
Garam dan gula Melaka secukup rasaBAHAN PERAPAN:
- 1 sudu teh safron
- 1 kelopak bunga pala
- 2 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH (GORENG DAN KISAR):
- 1 sudu teh biji ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 80gm buah prun
- 1 biji cili padi
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 hiris buah pala
- 1cm halia
- 2 tangkai cili kering
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5cm halia
- 60gm bawang goreng
- 5 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Perap daging yang telah dihiris bersama bahan perapan selama 15-20 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak minyak masak. Goreng bahan yang dikisar, kacang badam dan kismis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bahan rempah.
3. Apabila kesemua bahan kelihatan agak sebati, masukkan daging, susu cair, sos tomato, air, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masukkan juga jus limau nipis. Biarkan sehingga daging empuk.
4. Apabila kuah kuzi kelihatan pekat dan pecah minyak, masukkan cili hijau, tomato. Gaul rata dan biarkan seketika.
5. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar
INFO CHEF: Jika suka boleh masukkan biji gajus yang telah digoreng tanpa minyak
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu Memasak: 45 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Enak dan sedikit rasa manis
Anggaran kos: RM35

AYAM PERCIK KUAH PUTIH:
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong potong 12
- 1/2 keping asam keping
- Garam
Gula - 1 batang serai | ketuk
- BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
- Bawang merah
- Halia
- Garam
CARA MEMASAK:
- Kisar beberapa biji bawang merah dan beberapa hiris halia dan lumur pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
- . Susun ayam dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.
- Kisar pula bahan kisar iaitu bawang merah dan halia bersama santan.
- Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan bersama serai yang diketuk sehingga pekat..
- Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa.
- Kuah percik dilumur rata rata pada ayam yang sedang dibakar.
- Terbalikkan ayam dan bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga kuah percik melekat di ayam.
INFO CHEF: Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Bakar dan reneh
Jenis Masakan: Lauk Pauk
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas.
Anggaran kos: RM25
Jangan Buang Biskut Masuk Angin, Guna Tip Ni Dulu.

Bila sayang sangat nak makan biskut Raya yang sedap sebab takut takde stok lagi di kedai untuk di beli, kalau boleh nak simpan untuk makan bila betul-betul teringin. Masalahnya kadang terlupa ada simpan lepastu dah masuk angin pula. terpaksa buang sebab dah tak sedap untuk di makan. Tapi sebenarnya ada cara nak rangupkan semula biskut Raya yang dah masuk angin. Jom cuba tip mudah ni.
Tapi sebelum tu, jangan guna tip ni untuk biskut Raya tahun lepas pula! Tu dah bukan masuk angin, kalau macam tu dah expired.
- Letak biskut raya yang masuk angin/lemau ke dalam dulang oven.
- Susun dalam keadaan terbalik setiap biskut yang diletak.
- Masukkan dalam oven selama 10-15 minit dalam kadar suhu 120 darjah celcius – 150 darjah celcius.
- Biskut yang lemau akan kembali rangup dan sedap.
Kredit: n_iyliamarz
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ayam Masak Cili Hijau Petai. Sekali Cuba Gerenti Makan Bertambah

Ramai sukakan sajian Ayam Masak Cili Hijau. Lauk ringkas tetapi bila ditambah dengan petai, memang memberikan rasa yang sangat padu kepada para penggemarnya hinggakan boleh makan nasi berpinggan-pinggan. Badi anda yang belum cuba menu ni dan ingin mencuba, resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini tentunya boleh cuba. Pasti tidak menyesal.
CARA MASAK AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil, bersih dan tos
1 batang serai | titik
1 helai daun pandan | simpul
2 sudu makan sos ikan – beli online disini
Garam secukup rasa
1 kiub perasa ayam secukup rasa – beli online disini
Sedikit belacan | jika suka – beli online disini
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili hijau
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih – beli online disini
4 ulas bawang merah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Ayam yang telah dibersihkan tadi digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga masak.
3. Keluarkan minyak goreng ayam, tinggal anggaran dua senduk.
4. Masukkan daun pandan dan serai, tumis hingga naik bau.
5. Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau rata.
6. Tambahkan petai, belacan (jika suka) perasa ayam dan sos ikan.
7. Akhir sekali masukkan ayam goreng, kecilkan api dan gaul rata.
8. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Asli. Resipi Gulai Ayam Stail Terengganu Ni Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official