
Kek yang dilapisi dengan cheese memang buat ketagih nak makan. Bukannya makan sekaligus, sedapnya dimakan sebagai dessert selepas makan. Stok laici pun ada jadi kita buat kek cheese perisa laici. Resipi ni simple dan mudah nak follow.
KEK CHEESE PERISA LAICI
Bahan-bahan:
3 biji telur*
3/4 cawan gula halus*
1 sudu besar ovalett-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar perisa laici
pewarna pink-BELI ONLINE DI SINI
1 ¾ cawan tepung gandum
1/2 cawan susu fresh/susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak biasa-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
Cara membuat:
1.Adun hingga kembang bahan bertanda*
2.Masukkan minyak jagung, susu fresh, adun lagi sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan tepung yang siap diayak bersama soda bikarbonat,baking powder, yang ni saya guna whisk ja untuk kacau.
4.Tuang adunan ke dalam bekas, kukus selama 20 minit.
250 cream cheese
150 ml susu pekat (tak nak manis boleh kurangkan)
60ml whipping cream/susu fresh/susu cair
1 sudu kecil perisa laici(optional)
Cara membuat:
1.Masukkan semua ke dalam blender.Kisar sehingga sebati.
2.Kemudian tuang ke atas kek.
cheddar cheese,parut ke atas kek yg siap di tuang cheese tartura tadi.
Siap.

Kredit: Siti Hadirah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Memang Syok Makan Kerabu Mi Segera Siam Power

Bosan dengan menu yang selalu kita makan. Ubah selera dengan mi segera tapi dibuat kerabu mi segera siam yang menjadi kegemaran ramai.


KERABU MI SEGERA POWER
BAHAN-BAHAN:
- 3 bungkus mi segera Siam (wajib guna mi segera ini kalau ingin rasa sama)
- 1 biji tomato dihiris
- 1/2 labu bwg besar Holland diptg dadu
- Segenggam daun ketumbar dihiris
- Sedikit lobak merah dipotong halus (pilihan)
- Sedikit kobis dipotog halus (pilihan)
- 1 biji cili merah
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu besar air limau nipis
- 2 paket rempah mi segera siam (lagi satu untuk proses akhir)
BAHAN ISI:
- Udang, sotong, fishcake, crabstick, fishball
(Udang dibuang kulit dan dibelah 2 baru)

CARA MEMASAK:
1. Panaskn air utk merebus bahan lauk dan mi segera.
2. Masukkan 1 paket rempah mi segera dan tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fishcake sebentar sahaja. Kalau sotong jangan rebus bersama udang, rebus satu-satu jenis sebab kadar masaknya berbeza. Keluarkan seafood.
4. Dalam periuk rebusan yang sama masukkan mi segera. Bila sudah lembut keluarkan, masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan jangan dibuang.
5. Masukkan semua bahan sayur, seafood dalam mangkuk mi. Sendukkn air rebusan, sos ikan dan jus limau nipis serta 1 paket rempah mi siam tadi)
6. Gaul rata dan siap.



Kredit Resipi: duniacikguwan.blogspot
Kredit Gambar: MamaMia MamaMia
Anda pasti sukakan resipi ini:
Cara-Cara Hasilkan Fishcake Sedap & Bersih Secara Homemade.

Anda pernah buat kek ikan/ fishcake homemade? Ha..mesti ada yang tak pernah buat kan? Mudah je nak buat kek ikan ni. Malah rasanya pun lebih sedap dari yang dibeli. Malah kebersihan lebih terjamin dan diyakini halal. Rasa pun sangat sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Yati Mohd ni. Puan-puan pasti puas hati.
CARA-CARA BUAT FISHCAKE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan tenggiri bunga ( yang ada bintik)
- 1 sudu makan tepung jagung – lebih sikit tak apa
- Garam secukup rasa – bancuh dengan 1 mangkuk kecil air
- 1 sudu teh lada sulah
- Sedikit ajinomoto (optional)

CARA MEMASAK:
1. Pipiskan @ potong isi ikan depan belakang ikan. Macam dalam gambar.

2. Guna sudu dan korekkan isi ikan yang melekat pada tulang.

3. Satukan isi ikan, tepung jagung, lada sulah dan ajinomoto. Gaul sebati. Kemudian masukkan air garam sedikit untuk sebatikan bahan-bahan.

4. Tumbuk isi ikan sambil dimasukkan air garam sikit-sikit. Tak payah guna sampai habis air garam tu. Asalkan isi ikan jadi kenyal sudah memadai.

5. Ni hasil isi ikan yang cukup kenyal. Yang penting ikan mesti segar dan cara tumbuk ikan kena betul.

6. Letakkan plastik dalam loyang. Masukkan isi ikan. Tekan-tekan bagi padat. Guna sudu yang dah sapu sikit minyak.

7. Panaskan kukusan dan masukkan loyang. Kukus dalam 10 – 15 minit menggunakan api besar.

8. Apabila dah masak, keluarkan isi ikan kukus tadi. Biar suam sedikit barulah dipotong panjang.

9. Panaskan minyak dan goreng kepingan fishcake tadi dengan api sedang. Jangan bagi garing.

10. Toskan minyak dan boleh dinikmati mengikut citarasa.
Kredit resipi & foto: Yati Mohd
Ayuh Berkreatif. Sediakan Sendiri Bento Bekal Anak Ke Sekolah!

Waaahh!! Comelnya set hidangan bento ini. Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Anda boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk mereka sebagai bekal ke sekolah. Anda bukan sahaja menyediakan bekalan yang berkhasiat bahkan dapat memancing minat mereka untuk menikmati bekalan yang disediakan dengan penuh selera.
1. AYAM MASAK MADU

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping dada ayam | dipotong dadu
- 1/4 cawan madu
- 2 sudu makan kicap cair
- Secubit serbuk cili
- 1 sudu makan minyak
- 1 sudu teh bijan | disangai sedikit
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan ayam dalam kuali sehinggga keperangan.
- Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti madu, kicap cair dan serbuk cili. Masak sehingga kuah memekat. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
- Angkat ayam dan taburkan sedikit bijhan. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Ayam perlu dipotong kecil bagi memudahkan ia masak dengan sekata.
2. BENTO NASI GORENG PERANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan nasi beras perang
- 120gm dada ayam | dipotong kiub kecil
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 2 sudu makan kicap cair
- 1/2 cawan kacang pis
- 1 sudu makan minyak masak
HIASAN:
- 1 biji telur rebus
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Sedikit kepingan rumpai laut
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga harum.
- Masukkan ayam dan masak sepenuhnya.
- Masukkan kesemua bahan lain dan goreng sehingga sebati dan mesra.
- Hiaskan dengan telur rebus dan rumpai laut mengikutr kreativiti anda. Taburkan hirisan daun bawang. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Ayam boleh diganti dengan makanan laut atau hirisan sosej.
3. UDANG KELAPA BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 50gm serbuk roti
- 40gm kelapa kering
- 250gm udang segar | dibersihkan
- 1 biji telur | dipukul
BAHAN SOS TARTAR PEDAS:
- 100gm mayones
- 1/2 sudu makan serbuk paprika
- 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan cincangan bawang merah
- 1/2 sudu makan cincangan daun pasli
- Sedikit jus lemon
CARA MEMASAK:
- Sediakan sos tartar pedas dengan mencampurkan kesemua bahannya. Perasakan dengan garam danserbuk lada hitam secukupnya. Ketepikan seketika.
- Campurkan serbuk roti dan kelapa dalam mangkuk besar.
- Keringkan udang dan celupkan ke dalam bancuhan telur. Kemudian salutkan dengan campuran serbuk roti dan kelapa. Lakukan untuk 2 salutan.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200C dan bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
- Hidangkan dengan sos tartar.
4. CUCUR UDANG BERJAGUNG

BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang | dibersihkan dan dibuang kulit
- 300gm tepung gandum
- 1 liter air
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 2 tangkai daun bawang | dihiris kasar
- 150gm isi jagung
- Sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan sos:
- 6 ulas bawang putih | dikisar
- 8 biji cili kering | dikisar
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan cuka
- CARA MEMASAK :
- Satukan tepung gandum,serbuk penaik, sedikit garam dan air. Kacau sehingga sebati.
- Apabila sudah sebati, masukkan isi udang, daun bawang dan jagung. Kacau rata.
- Panaskan minyak dan sudukan bancuhan cucur tadi. Goreng cucur udang sehingga masak.
- Untuk sos, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga sos mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama cucur udang.
Info chef: Kalau mahukan rasa cucur yang sedikit pedas, masukkan hirisan lada merah ke dalam adunan.
5. BEBOLA BAYAM

BAHAN-BAHAN:
- 300g bayam | dicelur dan dikeringkan
- 50gm serbuk roti
- 1/2 cawan keju cheddar | diparut
- 55gm mentega | dicairkan
- 2 ulas bawang merah | dicincang
- 2 biji telur | dipukul
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Panaskan ketuhar pada 175C dan pada masa yang sama masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk.
- Gaul sehingga semua bahan hingga sekata dan bentukkan menjadi bentuk bebola kecil.
- Susunkan di atas loyang pembakar yang dialas dengan kertas minyak dan bakar selama 10-15 minit atau sehingga berwarna perang keemasan.
- Angkat dan sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.
6. DAGING MASAK KURMA

BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | dihiris
- Segenggam buah kurma | dibuang biji dan dihiris
- 5 sudu makan kicap pekat
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 bunga lawang
- 6 kuntum bunga cengkih
- 3 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk cili
- Gram dan madu secukupnya
- Sedikit minyak masak
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 1 inci halia
BAHAN HIASAN:
- Daun salad segar
- Tomato ceri
- Brocoli | dicelur
- Lobak merah | dicelur
- Sosej | dicelur
- Sedikit jagung
- Sedikit bijan panggang
- Nasi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga harum.
- Masukkan bahan kisar dan masak sehingga bau naik.
- Campurkan masuk serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
- Masukkan daging, buah kurma serta kicap pekat. Masak sehingga empuk dan kuah kelihatan cukup pekat.
- Ubah suai rasa dengan menambah sedikit garam dan madu dengan secukupnya.
- Hidangkan bersama nasi dan bahan hiasan mengikut kreativiti anda.
Info Chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam atau isi ikan.
7. BEBOLA AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging ayam, dicincang
- 1/2 cawan serbuk roti
- 2 pokok daun bawang
- 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 1/2 cawan daun ketumbar | dicincang
- 1 sudu makan sos cili manis
- 1 sudu makan jus lemon
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN HIASAN:
- Nasi | dikepal menjadi bentuk ayam
- Sedikit salad
- Sedikit brokoli | dicelur seketika
- 3 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
- Gaulkan kesemua bahan kecuali minyak masak sehingga sebati.
- Bentukkan adunan menjadi bebola kecil mengikut saiz yang sesuai dengan umur anak anda.
- Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing.
- Hias menggunakan bahan hiasan dan sedia dinikmati.
Info Chef: Selain digoreng, bebola ayam juga boleh dipanggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit.
8. BENTO SOTONG

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor sotong ( saiz sederhana besar)
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1 sudu makan tepung beras
- Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
- Serbuk lada sulah secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Sebiji telur | dipukul sedikit
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
- Bersihkan sotong dan hiris tebal. Gaul dengan sedikit garam dan lada sulah.
- Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.
- Ambil campuran tepung tadi dengan secukupnya dan campurkan dengan telur yang dipukul. Gaul rata sehingga menjadi adubab yang sedikit likat.
- Ambil hirisan sotong dan gaul ke dalam lebihan tepung.
- Kemudian celupkan pula ke dalam adunan tepung dan telur tadi.
- Toskan lebihan adunan tepung dan sadurkan dengan sedikit campuran tepung sebelum digorengkan di dalam minyak panas hingga garing.
- Hiaskan dengan cantik dan pastikan anda penuhi bento dengan sayuran untuk seimbangkan gizi anak anda.
Info chef: Sesuai dijadikan bekal buat anak-anak ke sekolah.
9. PASTA TOMATO

BAHAN-BAHAN:
- 150gm spageti | dicelur hingga lembut
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 400gm tomato segar | dicincang halus
- 1 sudu teh serbuk stok ayam/ sayuran
- 1 sudu makan puri tomato
- 1 sudu teh gula
- Beberapa daun selasih segar
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK :
- Di dalam periuk yang bersesuaian, panaskan minyak masak dengan secukupnya.
- Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan kesemua bahan lain kecuali daun selasih dan biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
- Perlahankan api dan biarkan bahan-bahan tadi mereneh selama 8 minit.
- Akhir sekali, masukkan daun selasih yang dicarik-carik. Hidangkan bersama spageti.
Info chef: Selain spageti, anda juga boleh menggunakan pasta kegemaran anda yang lain.
10. PIZA AYAM BBQ

BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ayam | dicincang kasar
- 1 biji bawang merah | dicincang
- 1/2 biji lada benggala merah | dipotong dadu kecil
- 1 sudu teh minyak zaitun
- 3 sudu makan sos bbq
- Keju cheddar secukupnya | diparut
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- 1 keping doh pizza segera
BAHAN HIASAN:
- Kepingan rumpai laut | dipotong bulat kecil
- 1 keping keju
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit lada benggala hijau
CARA MEMASAK :
- Bakar doh pizza pada suhu 180°C selama 5 minit. Ketepikan seketika.
- Pada masa yang sama, panaskan minyak dan tumis bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lada benggala merah. Masak sehingga sedikit layu dan perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
- Gaulkan bahan tumisan, isi ayam dan sos bbq. Gaul rata.
- Sudukan campuran isi ayam dengan secukupnya ke atas roti pizza. Taburkan parutan keju dengan secukupnya.
- Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu yang sama sehingga keju cair.
- Hiaskan mengikut kreativiti dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Untuk mendapatkan efek piza yang bergetah, campurkan parutan keju cheddar bersama keju mozzarella dan taburkan diatas piza. Bakar sehingga keju cair.

