Dah lama tak baking kek. Bila tekak ni dah terasa nak makan kek chiffon pandan, bolehlah buat ikut resipi Ummi Safiya. Kek yang gebu ni gerenti anak-anak pun suka.
KEK CHIFFON PANDAN
Bahan-bahan:
Bahan A
6 biji kuning telur gred A
150 gm gula kastor (tak nak manis kurangkan kepada 120 gm)
230 gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
55 ml minyak jagung
60 ml santan / susu cair (akak guna santan kotak aje)
8 helai daun pandan & air (dikisar jadikan 150 ml air pati pandan)
Sedikit pewarna hijau
Bahan B (meringue)
6 biji putih telur gred A
130 gm gula kastor (tak nak manis kurangkan kepada 120 gm)
Cara membuat:
4.Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi berselang seli dengan bancuhan air pati pandan sambil diputar hingga sebati dan ketepikan dahulu.
5.Buat meringue. Putar putih telur hingga berbuih baru masukkan gula kastor dan putar hingga kental dan berwarna putih (bila terbalikkan adunan tak jatuh)
6.Masukkan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul secara kaup balik dengan spatula hingga habis dan sebati.
7.Panaskan oven dengan suhu 180 darjah selama 10 minit dan panaskan loyang.
8.Memandangkan tak ada loyang chiffon, jadi akak guna loyang ukuran 7” x 7” sebanyak dua (2) biji. Loyang tak perlu lapik dengan baking paper atau sapu butter. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven dengan api atas dan bawah pada suhu 180 darjah secara water bath ( letak loyang kek dalam loyang yang ada air panas ) selama 45 – 50 minit / hingga masak. Selepas 30 minit pertama turunkan suhu kepada 160 darjah pula. Suhu bergantung kepada oven masing-masing.
9.Bila kek telah masak, biarkan dahulu dalam oven selama 3 minit dengan pintu oven direnggangkan.
10.Keluarkan kek dari oven dan terbalikkan loyang. Biarkan sekejap baru terbalikkan semula permukaan kek di atas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official