Salah satu kek yang sedap adalah kek chiffon pandan. Baunya ketika dibakar pun dah boleh buat rasa berselera nak makan. Kali ini RASA kongsikan resipi yang pasti korang suka. Boleh cuba buat untuk Syawal nanti.

KEK CHIFFON PANDAN

Kek Chiffon Pandan, Kek Orang Lama Yang Sangat Sedap

BAHAN A
6 biji kuning telur
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
Pewarna hijau
Perisa pandan
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil baking powder (diayak)

IKLAN

CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan pewarna hijau, perisa panda, minyak jagung dan santan pekat. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul sebati dan ketepikan.

BAHAN B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar

IKLAN

CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang. Jika diterbalikkan adunan tidak jatuh.

IKLAN

CARA MEMASAK
1. Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A sedikit demi sedikit.
2. Tuang adunan ke dalam periuk lubang.
3. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45 minit pada suhu 175c
4. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di atas redai kek sehingga sejuk.
5. Potong dan hidangkan.

 

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI