Selesai makan, teringin pula yang manis-manis. Hah apa lagi kek coklat karamel memang jadi idaman. Buat untuk makan sendiri atau boleh juga dihidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah nanti. Min kongsi cara buatnya.
KEK COKLAT KARAMEL
2 sudu besar gula- dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan.Ratakan di permukaan loyang. Sejukkan.
Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
*pukul hingga sebati. Kemudian tuang dalam loyang tadi.Kukus dalam 20-25 minit. Sejukkan.
*lapisan kek coklat
1 cawan susu pekat-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan susu cair -BELI ONLINE DI SINI
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko-BELI ONLINE DI SINI
*masukkan dalam periuk.Kacau hingga sebati di atas api yang perlahan 3-4 minit.
4 biji telur dikisar
Ads
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan-bahan ini kena ayak
Cara memasak:
1.Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan coklat.
2.Selang seli dengan telur.
Ads
3.Kacau hingga sebati.
4.Tuang atas karamel (guna senduk).
5.Kukus 45 hingga 60 minit. Nak tahu dah masak, cucuk dengan lidi. Kalau tak melekat dah masak.
Resipi : Ilham Resepi
Ads
INGIN MEMBELI PERIUK KUKUS BARU, BOLEH LIHAT DI SINI
Kek Chiffon Oren ni memang sedap dan gebu. Sama seperti Kek Chiffon pandan, ia merupakan antara kek popular yang diminati dari dulu hingga kini. Teksturnya yang ringan dan gebu serta lembut dimakan membuatnya amat digemari ramai. Bagi yang nak cuba buat Kek Chiffon Oren ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
Teringin nak makan kek macam orang lama, guna marjerin. Bila makan tidak rasa muak. Itulah kelebihan kek orang lama. Boleh cuba resipi mudah buat kek ini.
Kek Marjerin
Bahan-bahan:
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil baking powder -BELI ONLINE DI SINI
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahan lebih lama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Kek berasaskan coklat dan koko juga amat sedap bila dikukus.
Ni min kongsikan 5 resipi kek dan brownies berasaskan koko dan coklat ni yang disediakan oleh penulis buku Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21, Norbaini Rahwi.
1. BROWNIES KUKUS KEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
Bahan B :
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati 4. Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata. 5. Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata. 6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 7. Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak. 8. Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar.
INFO CHEF :Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari kukusan supaya brownies tidak basah.
2. KEK KUKUS COKLAT BADAM
BAHAN-BAHAN : Bahan A
Bahan B:
Bahan topping :
CARA MEMASAK : Kek : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga kembang 3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati. 4. Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak. 7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping. Topping : 2. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental. 3. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas. 4. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm Waktu memasak: 20-25 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil.
INFO CHEF:Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.
3. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
Bahan B :
Bahan C:
Bahan D :
Bahan ‘topping’:
Bahan untuk lapisan:
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 5. Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata. 6. Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata. 7. Panaskan periuk kukusn, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit. 8. Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek. Kukus kan selama 15 minit. 9. Setelah masak sejukkan kek.
Topping : 1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata. 2. Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek. 3. Siap untuk di hiding.
Saiz hidangan: 1 tin empat segi 25 sm x 25 sm Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak
INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.
4. KEK KUKUS GULUNG OPERA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Bahan B:
Bahan C :
Bahan topping/sapuan:
CARA MEMASAK : Kek : 1 Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar segi empat 25sm x 25 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2 Pukul bahan Ahingga kembang 3 Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati 4 Panaskan periuk kukus, tuang dan kukuskan kek selama 15 minit. 5 Setelah masak sejukkan kek. Topping : 1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata. 2. Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek. 3.S iap untuk di hidang.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm Waktu memasak: 20 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Lebih rasa koko dan coklat nutella
INFO CHEF: Jangan kukus terlebih masa kerana ia akan menjadi terlalu padat.
5. KEK KUKUS KEJU COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Bahan B:
Bahan C :
125 ml minyak jagung/masak 1 sudu teh esen Vanila
Bahan lapisan krim keju :
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar bersaiz 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Kemudian masukkan minyak jagung ,akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau hingga rata. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan 1 bahagian kek selama 15 minit. 7. Setelah masak keluarkan kek dan tuang adunan keju dan kukus lagi selamat 10 8. Selepas 10 minit keluarkan loyang dan tuang baki sebahagian adunan. Kukuskan lagi selama 15 minit. 9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di hiding.
Krim keju keju : 1. Pukul krim keju dan gula aising hingga lembut. 2. Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap. 3. Sapukan di antara lapisan kek
Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi 18 sm x 18 sm Waktu memasak: 20 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek coklat yang dilapiskan keju memang hebat rasanya
INFO CHEF : Pada pembuatan kek kukus, penggunaan ovalete seringkali diguna sebagai penstabil supaya kek kukus yang menggunakan teknik lapisan akan stabil bila dibiarkan lama di luar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika selalu asyik hidang air sirap je, boleh cuba kelainan sediakan pati air fanta hijau ni. Rasanya sebiji macam rasa air fanta yang dijual cuma takde rasa gas.