Kek coklat kukus ini tak kurang sedapnya berbanding jika dibakar. Ia cukup mudah, lembut dan sedap.
Lagi menarik, tak perlu nak bakar, hanya guna pengukus je. So, bagi yang tak ada oven, jangan susah hati. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noriza Awang Hamat ini ye. Selamat mencuba.
Dalam satu mangkuk, masukkan bahan yang dikisar berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Nak lebih mudah, kisar semua bagi sebati.
Sapu mentega pada loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang dikisar tadi.
Panaskan air kukusan terlebih dahulu. Kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
Untuk topping, satukan semua bahan dalam satu mangkuk dan masak secara ‘double boiler”. Kemudian tuang ke atas kek. Boleh hias dengan badam di atasnya kalau suka. Siap!
Semperit Cream Cheese ni menarik betul hasilnya! Boleh guna pewarna ikut kesukaan untuk adunan Semperit Cream Cheese. Memang kuih semperit ni kuih raya tradisional tapi sekarang ramai dah olah resipi kuih semperit supaya diminati oleh masyarakat moden sekarang. Biasalah orang sekarang suka buat kuih raya yang lain dari yang lain. Jom cuba!
SEMPERIT CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
250 butter cup
1/2 tin susu pekat
5Og cream cheese tatura
400g tepung jagung
3 sudu tepung kastard
1 sudu esen vanila
Pewarna ikut suka
CARA PENYEDIAAN:
Pukul butter cup dan sebatikan dengan susu pekat serta cream cheese, tak perlu mixer.
Lepastu masukkan tepung jagung, tepung kastard, esen vanilla dan pewarna ikut suka.
Uli sehingga menjadi doh.
Untuk dapatkan warna warni, asingkn 3 bahagian untuk letak pewarna. Masa nak tekan campurkn ketiga-tiga warna.
Saya guna acuan tembaga saiz 13 . Sekali adunan dapat 4 tray hitam yang dapat masa beli oven tu
Bakar 160°c selama 15 minit atau mengikut oven masing-masing.
Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Sekarang ni, masa untuk membuat biskut bagi meraikan tetamu yang datang ke rumah. Kami kongsikan resipi membuat Biskut Nescafe Badam yang pastinya sedap.
BISKUT NESCAFE BADAM
BAHAN A
• 1 cawan mentega
• 1 cawan gula perang
• 1 biji telur ayam grade A+
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu kecil Nescafe
BAHAN B
• 2 cawan tepung gandum serba guna
• 3 sudu besar tepung jagung
• 1 sudu kecil baking powder
BAHAN C
• 3/4 cawan badam
• 1/4 cawan coklat chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan Bahan A dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan Bahan B dan gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan Bahan C.
4. Gaul sehingga semua bahan sebati.
5. Sudukan dalam dulang ikut bentuk yang disukai. Bakar pada suhu 170°C sehingga keperangan.
Menjelang beberapa hari lagi nak raya, sesiapa yang belum buat biskut raya, masih sempat lagi kalau nak buat ye.. Berikut RASA kongsikan lapan resipi biskut yang sedap dan cantik dihiasi dengan gula Icing, pendek kata sekali pandang memang tergoda menjamahnya.
BISKUT RESTU BONDA
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
100gm gula aising
1/4 sudu teh vanila
30gm serbuk badam
40gm susu tepung
30gm kelapa panggang
40gm tepung beras
100gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
Royal aising
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula aising dan vanilin. Kacau rata.
Masukkan serbuk badam, susu tepung, kelapa panggang, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canailan adunan dan terap dengan acuan kesukaan. Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing.
Setelah aising keras, simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT NOSTALGIA SYAWAL
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
70gm gula halus
1 sudu kecil shortening
1/2 biji kuning telur
160gm tepung gandum
30gm nestum | kisar halus
30gm tepung jagung
BAHAN HIASAN;
Royal icing
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan nestum dan tepung jagung. Terus kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh, kemudian terap dengan acuan mengikut pilihan anda.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan.
Akhir sekali, hias dengan royal icing.
Simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT PULANG BERAYA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
80gm mentega
40gm gula halus
10gm conflakes | kisar
10 kelapa kering
1 sudu teh esen vanila
BAHAN HIASAN:
Royal icing
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula halus dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan conflakes kisar dan kelapa kering. Terus kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan adunan, kemudian terap dengan acuan kesukaan.
Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing di atasnya.
Jika belum sedia dihidangkan masukkannya dalam bekas kedap udara.
SUARA TAKBIR
BAHAN-BAHAN:
110gm mentega
50gm gula aising
20gm Crisco
1/3sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu the lemon pes
10gm tepung kastad
160gm tepung gandum
10gm tepung kentang
BAHAN HIASAN:
Royal icing
CARA MEMASAK:
Pukul mentega,Crisco, pes lemon dan gula aising.
Masukkan semua bahan kering dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan adunan dengan acuan kesukaan dan susun ke dalam loyan.
Bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal aising.
Setelah royal icing keras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
BISKUT SALAM LEBARAN:
BAHAN-BAHAN:
170gm tepung gandum
140gm mentega
40gm gula halus
20gm conflakes kisar
10gm cococrunh-kisar
20gm tepung jagung
1 sudu tehNescafe| bancuh dengan sedikit air
BAHAN HIASAN:
Royal icing
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, gula halus dan nescafe. Kacau sebati.
Masukkan conflakes kisar, tepung jagungr dan cococrunch. Kacau rata lagi .
Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canailan adunan, kemudian terap dengan acuan kesukaan.
Susun ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing.
Setelah royal icing keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.
BISKUT WARISAN BONDA
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
40gm gula halus
10gm shortening
1/2 biji kuning telur
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/4 sudu teh serbuk penaik
20 gm badam cincang
BAHAN HIASAN:
Royal icing
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau rata.
Masukkan badam cincang. Kacau lagi.
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh, kemudian terap dengan acuan kesukaan anda.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal icing.
Setelah royal icing sejuk, boleh simpan biskut dalam bekas kedap udara.
FITRI CERIA
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
56gm gula halus
10gm shortening
1/2biji kuning telur
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/4sudu teh serbuk penaik
10 gm gajus | kisar halus
BAHAN HIASAN:
Royal icing
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau.
Masukkan gajus dan adun lagi
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh dan terap dengan acuan kesukaan anda.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal icing.
Setelah royal icing keras, biskut sedia dihidangkan.
RAMADAN TERAKHIR
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
40gm gula halus
170gm tepung gandum
20gm tepung jagung
10gm hazelnut | kisar halus
1/4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh pes kopi
BAHAN HIASAN:
Royal icing
CARA MEMASAK:
Satukan mentega dan gula halus. Kacau rata.
Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau rata.
Masukkan hazelnut dan tepung jagung. Kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh kemudian terap dengan acuan kesukaan anda.
Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
Bila masak, sejukkan.
Hiaskan dengan royal icing.
Bila royal icing keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.