Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat kek coklat lapis cheese. Resipi ini dikongkan oleh Iedaa Jahaya di facebook group Rasa Share Resipi. Daripada gambar yang dikongsikan, nampak sedap betul. Bolehlah cuba, kan?
KEK COKLAT LAPIS CHEESE
BAHAN A
2 biji telur
1 cawan gula kastor (BELI DI SINI)
Esen vanila (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Putar sehingga kembang. Ketepikan
BAHAN AYAK
1 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kukusan. Sapu loyang 8 inci dengan minyak masak. Lapik dengan baking paper.
2. Ambil BAHAN A yang telah kembang tadi. Masukkan BAHAN B ke dalamnya. Putar sekejap sahaja. Masukkan pula BAHAN AYAK. Kaup balik adunan sehingga sebati.
3. Bahagi adunan kepada dua bahagian.
3. Tuang bahagian pertama ke dalam loyang. Kukus selama 25 minit. Jangan biarkan air kukusan menitis atas kek.
4. Apabila kek sudah masak, ambil pula adunan BAHAN CHEESE. Tuang separuh sahaja ke atas kek tadi. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Apabila adunan BAHAN CHEESE sudah masak, tuang pula adunan bahagian kedua tadi. Jangan tuang habis. Tinggalkan sikit untuk dilapiskan dengan adunan cheese di atas kek nanti. Kukus 25 minit.
6. Akhir sekali, ambil 1 sudu besar adunan cheese. Tuang di tengah-tengah kek. Kemudian tuang baki adunan bahagian kedua tadi. Lakar-lakarkan corak sedikit. Kukus lagi 30 minit. Siap!
Baru hendak mula buat biskut raya? Sempat lagi pecut. Kita buat yang mudah-mudah sahaja. Yang penting tetamu suka. Resepi Biskut Cornflakes Madu, resepi biskut raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas, cara penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama. Jom kita cuba buat Biskut Cornflakes Madu seperti yang dikongsikan oleh Hasifah Che Mat
RESIPI BISKUT CORNFLAKES MADU
BAHAN-BAHAN:
500 gm Cornflakes 250 gm mentega/marjerin – BELI ONLINE 1 1/2 cawan gula perang (boleh ganti dengan gula kastor @ gula pasir) – BELI ONLINE 2 cawan madu – BELI ONLINE 2 cawan mixfruits Paper cup secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan mentega dan gula perang hingga sebati, api sederhana sahaja. Kemudian masukkan madu dan kacau sebati.
2. Bila sudah sebati dan tekstur jadi macam ni, tutup api. Masukkan cornflakes dan mixfruits. Kacau sebati.
3. Sudukan adunan guna sudu kecil biar comel dan tak melimpah isinya.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 10 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
5. Apabila sudah siap, sejukkan dahulu baru susun dalam balang.
Kadang lepas makan kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Nak buat sesuatu yang senang? Cuba buat agar-agar oreo ni. Guna 4 bahan saja. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba buat.
AGAR-AGAR OREO
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo
.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.
Anda peminat kek yang enak dan gebu? Bagi mendapatkan kek yang enak dan gebu ada teknik penyediaannya.Pastikan sukatannya tepat dan bahan-bahan yang digunakan bersesuaian. Hujung minggu ini bolehlah sediakan kek kegemaran anda untuk minum petang nanti bersama keluarga. RASA kongsikan resipi kek dijamin sedap rasanya.
MANGGO MANIA COFFEE CAKE
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
2 ½ cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
1/2 cawan gula perang
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
BAHAN KRIM KEJU MANGGA:
100gm krim keju
1/2 cawan gula ising
Sedikit esen mangga
Puri mangga secukupnya
Mangga segar untuk hiasan
Sedikit parutan kelapa
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
2. Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.
4. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 170C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.
5. Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.
6. Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.
7. Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut mengikut kreativiti anda.
KEK KEJU JEPUN BAHAN-BAHAN:
Bahagian A:
100gm susu segar
50gm mentega
250gm krim keju
Bahagian B:
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
20gm tepung jagung
60gm tepung kek
Bahagian C:
6 biji putih telur
140gm gula kastor
1 sudu kecil krim tartar
CARA MEMASAK :
Panaskan ketuhar 160°C. Griskan loyang bersaiz 8 inci dan alaskan dengan baking paper.
Cairkan bahagian A di dalam mangkuk keluli tahan panas menggunakan kaedah ‘double boil’. Sejukkan.
Satukan semua bahan B dan A. Tapiskan.
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan krim tartar. Pukul lagi sehingga kembang sambil masukkan gula kastor sesudu demi sesudu. Berhenti memukul adunan apabila putih telur agak kental (soft peak). Kaup balik putih telur ke dalam adunan A dan B tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam menggunakan kaedah ‘water bath’. Apabila masak, tinggalkan seketika di dalam ketuhar selama 30 minit dengan pintu ketuhar sedikit terbuka.
KEK PANDAN GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung
½ sudu kecil serbuk penaik
125gm mentega
½ sudu kecil garam
200gm gula kastor
2 biji telur
100gm santan
2 sudu besar jus pandan
sedikit pewarna hijau
BAHAN-BAHAN UNTUK JUS PANDAN:
10 helai daun pandan
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM MENTEGA:
3 biji putih telur
100gm gula kastor
¼ sudu kecil garam
150gm mentega
50gm gula melaka
Air secukupnya
2 helai daun pandan
BAHAN-BAHAN UNTUK KARAMEL GULA MELAKA:
50gm gula melaka
1 sudu besar air
15gm mentega
30gm krim putar
¼ sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Daun pandan dikisar bersama sedikit air dan tapiskan untuk mendapat jus pandan. Ketepikan.
Timbang tepung dan tapis bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
Panaskan ketuhar 180°C. Lenserkan loyang dan alaskan dengan baking paper.
Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan jus pandan dan sedikit pewarna hijau.
Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Adun sehingga sebati.
Bakar selama 45 hingga 50 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan di atas redai.
Untuk membuat krim mentega: Gula melaka dicairkan dengan air dan pandan di atas api. Putih telur, gula kastor dan garam disatukan di dalam mangkuk keluli tahan panas dan masak menggunakan kaedah ‘double boil’ sehingga gula larut. Sejukkan pada suhu bilik. Pukul putih telur sehingga kental. Masukkan mentega dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan air gula melaka dan pukul hingga sebati.
Untuk membuat karamel gula melaka : Masak gula melaka dan air di atas api sehingga cair. Masukkan mentega. Tambahkan krim putar dan perasakan dengan garam. Tapis adunan dan sejukkan.
Sapu dan hiaskan kek yang telah sejuk dengan krim mentega dan karamel gula melaka.
MUFIN PISANG BERSAMA KACANG WALNUT
BAHAN-BAHAN:
115gm kacang walnut
195gm tepung serba guna
170gm gula halus
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 telur (gred A) ] pukul sedikit
115gm mentega ] cairkan dan sejuk
3 biji pisang (454 gram) ] lenyek
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Panggang kacang walnut di dalam ketuhar kira-kira 8 minit. Cincang kasar.
Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan kulit kayu manis. Ayak.
Dalam bekas berasingan masukkan telur, mentega, gula dan esen vanila. Gaul rata.
Campurkan pisang lenyek.
Kemudian tuangkan ke dalam adunan bahan kering (campuran tepung). Masukkan kacang dan kaup balik sehingga rata.
Tuangkan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180⁰C selama 20 minit.