Makan

Kek Coklat Moist Sedap & Gebu. Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

Share

Sedapnya Kek Coklat Moist Kukus ni. Anda nak cuba? Saudari Hazila Baharudin ada kongsikan resipi yang sangat mudah dan terbaik. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap terutamanya bila dimakan. Lihatlah limpahan coklatnya, mewah kan? Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Pasti tak menyesal punya.

RESIPI COKLAT MOIST PALING SEDAP, MUDAH & GEBU


BAHAN A:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak

BAHAN B:
1 cawan tepung gandum beli online disini


1 sudu kecil baking powderbeli online disini
1 sudu kecil soda bikarbonat beli online disini

BAHAN C:
3 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanillabeli online disini

CARA MEMASAK:
1.Campur semua bahan A. masak di atas api kecil hingga larut dan sebati. Bila sudah sebati, tutup api.
2. Satukn semua bahan B. Ayak.
3. Untuk bahan C, satukan dan pukul hingga kembang.
4. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain. Masukkan juga bahan B dan C secara selang seli. Adun guna whisk hingga sebati.
5. Bila sudah sebati, kalau rajin tapis adunan yang sudah siap ni. Kalau tak tapis pun tak apa.
6. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.
7. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Jika guna bekas yang paling kecil, kukus selama 10 minit. Bekas saiz sedang, kukus selama 15-17 minit. Jika bekas besar, kukus selama 40-45 minit.
8. Untuk tahu kek sudah masak atau tidak, cucuk dengan lidi. Jika lidi kering, tandanya telah masak.
9. Jika nak bakar pun boleh. Bakar pada suhu 180c menggunakan Teknik waterbath selama 40 minit menggunakan api atas bawah.


BAHAN TOPPING
1 cawan kokobeli online disini
1 cawan susu pekat manis beli online disini
1 cawan minyak
1/2 cawan susu cair beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan dan masak guna teknik double boil. Jika nak lagi meleleh, tambahkan lagi sedikit susu cair.
2. Padam api dan bolehlah dituang pada kek.


Kredit resipi & foto: Hazila Baharudin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur