Kek Coklat Moist Sepotong Gerenti Tak Cukup

Share

Kek coklat kalau dihidangkan bukan setakat anak-anak suka, semua orang menyukainya.
Jom kita buat kek kukus coklat, letak topping di atasnya memang nampak mewah. Mudah sangat buat kek ni, bahan-bahan blend untuk cepat siap. Hasilnya memang memuaskan.

Kek coklat moist(loyang 7 inci)

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 cawan minyak (saya guna minyak jagung)minyak masak pun boleh je
  • Esen vanilla
  • 1 cawan serbuk koko van houten atau jenama lain pun boleh
  • 1 cawan susu cair
    Blend semua bahan
    Ayak dalam satu bekas
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
    Tuang bahan blend tadi sikit-sikit masuk ke dalam bahan ayak
    Whisk sebati
    Panaskan kukusan
    Tuang adunan ke dalam loyang
    Kukus hingga masak(tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil)
    Bila kek dah masak sejukkan dulu.keluarkan dari loyang sekejap
    Lapik baking paper yang baru dalam loyang yg sama
    (baking paper biar lebih tinggi dari loyang,supaya nanti bila coklat dah keras,senang nak tarik kek keluar dari loyang
    Potong sikit bahagian atas kek supaya kek nampak cantik bila potong nanti
    Terbalik kek yang bawah ke atas
    Dan masuk ke dalam loyang.
    Sedia untuk kita topping pulak
  • Untuk topping
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 cawan dark dan milk coklet beryls
    Kalau nk lebih tambah whipping cream lebih sikit dari coklat masakan)whipping cream biar lebih dari coklat masakan
    Double boil hingga coklat cair
    Bila kek dah sejuk tuang atas kek.guna senduk nampak lagi kemas.
    Siap
    Sejukkan dulu
    Keluar perlahan-lahan kek dari loyang.

  • Nanti potong(rendam sekejap pisau dalam air panas.kemudian potong,supaya tak comot

  • Siap
    Kredit: Iedajahaya

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Putri