Kek Coklat Mudah, Guna Senduk Saja Tapi Tetap Gebu

Share

Ada yang craving kek coklat? Memang ia jadi kegemaran ramai. Paling suka ialah anak-anak. Sehari pun boleh habis dihadap. Jadi nak buat kek kesukaan ni tak perlu beli bahan mahal. Boleh follow cara  Azlina Ina Fans. Sumpah senang,cuma kacau pakai senduk jer, tapi hasilnya kek kebabom.

Kek Coklat 

Bahan-bahan:

3 biji telur

1 cawan gula (suka manis boleh tambah)

1 cawan minyak

1 cawan 1/2 tepung self rising -beli online di sini+ 1 sudu kecil soda bikarbonat-beli online di sini

atau kalau tak ada boleh pakai tepung gandum campur 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder(ayak)

1/2 cawan serbuk koko (kalau tak ada Milo pun boleh

1/4 cawan air panas

Cara membuat:

1.Masuk telur dengan gula. Kacau tak payah kembang pun.

2.Masuk minyak kacau sampai sebati.

3.Masuk tepung.

4.Masuk serbuk koko, kacau perlahan-lahan sampai sebati.

5.Masuk air panas, ok dah cair elok.

6.Macam ni rupa adunan kek kita. Masuk loyang saiz. Bakar suhu 170 masa 50 minit atau kukus 40 minit.

 

7.Siap! Gebu sangat

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina Fans

Published by
Putri