Kek coklat ogura ni memang betul-betul kaya rasa coklatnya. Ada pulak susu penuh krim dan minyak jagung memang lembut dan lembablah teksturnya.Sedap makan bila-bila masa pun.
Di musim PKP ni tak usahlah keluar kecuali barang keperluan. Setakat nak beli kek, baiklah buat sendiri dapat ulang makan anak beranak. Lebih lagi pulak bagi keluarga yang ‘umatnya’ ramai.
KEK COKLAT OGURA
BAHAN-BAHAN :
5 biji kuning telur gred A 1 biji telur gred A 70 gm tepung superfine 60 ml susu full cream 50 ml minyak jagung 1/4 sudu teh garam halus 1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar serbuk koko 3 sudu besar air panas * Bancuh jadikan pes
5 biji putih telur 60 gm gula kastor * diputar jadi soft peaks
Ads
CARA MEMASAK :
1. Pukul kuning telur, telur, esen vanila, minyak, susu dan garam dengan menggunakan whisk hingga sebati.
2. Ayak tepung sedikit2 ke dalam telur, sambil kacau guna whisk hingga sebati. Masukkan paste coklat kacau sebati.
3. Masukkan satu bahagian putih telur ke dalam adunan tepung sambil kaup balik guna spatula hingga sebati, baru masukkan bahagian kedua dan diikuti bahagian ketiga.
Ads
4. Pastikan kaup balik dengan sebati.
5. Guna loyang 8 inci
6. Alas dengan kertas minyak didasarnya
7. Keliling loyang sapu dengan mentega/marjerin
Ads
8. Jika guna loyang boleh tanggal dasarnya, alas bahagian luar loyang dengan aluminium foil dua lapisan untuk menggelakkan air masuk dalam loyang.
9. Panaskan oven terlebih dahulu 150C
10. Bakar pada suhu 150C selama lebih kurang 1 jam secara water bath.
11. Letak kek dalam rak paling bawah dalam oven.
12. Sebaik kek sudah masak, keluarkan dari oven.
Kredit Resepi : Norainey Sanuddin
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi penggemar hidangan Pais Ikan, boleh cuba resipi perkongsian saudari Umiehanie Azizni. Sangat ringkas namun membuka selera. Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Nak masaknya pun mudah. Boleh bakar guna kuali je. Guna pun ikan Talapia. Sedap! Tapi kalau nak guna Ikan Patin atau ikan lain pun tiada masalah. Terpulang pada cita rasa masing-masing nak menikmatinya dengan cara bagaimana. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK PAIS IKAN TALAPIA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Ikan talapia sangkar Bunga kantan Daun kesum Petai Daun kunyit 2 senduk tempoyak 1/2 cawan air Cili padi merah Cili padi hijau 1/2 inci kunyit hidup Garam, gula & ajinomoto secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat pes tempoyak, tumbuk cili padi merah, cili padi hijau dan kunyit hidup. 2.Bancuh tempoyak dengan air dan gaulkan dengan bahan tumbuk tadi. Kemudian masak sampai mendidih.
3. Perasakan dengan gula, garam ajinomoto dengan secukupnya. 4. Letak pes tempoyak di bahagian atas dan bawah ikan. Sapukan juga dalam perut ikan denga rata. 5. Hiris bunga kantan, daun kesum, petai dengan banyak. Taburkan.
6. Balut ikan dengan kemas menggunakan daun pisang.Empunya resipi balut ikan sedikit tebal kerana tiada aluminium foil. 7. Bakar ikan di dalam kuali atau pemanggang. 5 minit pertama, bakar guna api sederhana dan 15 minit seterusnya, bakar guna api perlahan sampai masak.
8. Pais Tempoyak Ikan Talapia sedia untuk dihidangkan.
Pesamah daging merupakan resipi lama orang dulu-dulu yang terkenal dengan rasa rempah seakan rendang, ianya sedap dinikmati bersama nasi panas, nasi minyak ataupun dimakan bersama roti. Jika kamu belum pernah rasa, bolehla cuba masak resipi ni tentu memberikan kelainan pada hidangan tenghari kamu!
RESIPI PESAMAH DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – potong 10 ketul
Bahan tumis:
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah – mayang
2 ulas bawang putih – mayang
3 cm halia – potong panjang nipis
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari
Bahan mesin:
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh lada hitam
Bahan lain:
5 sudu besar rempah kari daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cwn susu cair
2 sudu mkn kerisek
Garam
Air asam jawa secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Daging hendaklah digaulkan dengan bahan mesin, rempah daging, gula merah dan kerisek. Proses ni org panggil ‘awas’…
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan garing.
3. Masukkan daging yg digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masaklah sampai daging empuk dan betul2 pecah minyak. Part ini mmg ambil masa yg lama sikit…
4. Bila daging sudah empuk dan pecah minyak, masukkan santan dan susu cair. Masukkan
sekali air asam jawa dan garam secukup rasa.
5. Masak lagi dgn api perlahan sampai pecah minyak dan kuah jadi pekat mcm gambar saya tunjuk tu….Siap.
Buat orang Pantai Timur, menu pulut bersama kelapa parut yang digaul dan ikan masin atau ikan rebus goreng, memang menjadi kegemaran.
Memang tak pandang kiri kanan dah kalau jumpa menu sarapan macam ni. Ringkas tapi menyelerakan.
Resipi yang dikongsi saudara Muliadi Ramli ini, senang saja untuk disediakan. Boleh makan bersama keluarga.
PULUT GAUL NYOR@ PULUT KEPAL
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut susu 2-3 helai daun pandan Air kelapa secukupnya
CARA MASAK PULUT:
1. Bersihkan beras pulut dan toskan. Kemudian, masak dalam periuk guna dapur gas. 2. Campur air kelapa sikit. Air lebih sikit pada paras beras pulut. Letak daun pandan 2 ke 3 helai.
3. Bila nampak air kering, perlahankan api. Bila tengok keraknya dah ada, tutup api. 4. Bila pulut sejuk, bolehlah dikepal-kepal ikut saiz yang disukai. Lepas tu boleh salut dengan kelapa.
BAHAN KELAPA PARUT:
½ biji kelapa parut (ambil bahagian putih saja) Gula & garam
CARA SEDIAKAN KELAPA PARUT:
1. Campurkan kelapa parut dengan gula dan garam, bagi ada rasa manis-manis sikit oklah tu.
2. Kukus dalam 15 minit, tujuannya bagi kelapa kita tahan lama dan lambat basi. 3. Untuk lauknya, saya goreng ikan kukus. Garing-garing lagi sedap dan juga dengan ikan kering yang digoreng garing.
*bolehlah goreng 2 sudu besar beras pulut sampai garing dan ditaburkan di atas pulut ketika makan. Tujuannya supaya pulut kita ada bau wangi dan ada rangup-rangup bila digigit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!