Labu lemak manis dahlah sedap kaya dengan anti oksidan. Bila dijadikan bahan ramuan dalam kek dan kuih muih memang terasa kelazatannya. Bukan main sedapnya.
Farisha Sofea dalam laman FBnya turut berkongsi inspirasi sajian dengan ramuan labu. Hasil kreativitinya terhasilah kek labu Ogura yang sedap dan gebu kejadiannya.
CARA MEMASAK :
1. Kacau kuning telur bersama sebiji telur sehingga sebati .
2. Masukkan Bahan Bahan A yang lain mengikut urutan dan aduk rata .
ketepikan seketika .
3. Didalam bekas lain , pukul putih telur sehingga berbuih kasar .
masukkan garam dan juga krim tartar .
4. Sambung pukul sehingga berbuih halus .
5. Masukkan pula gula kastor .
6. Masukkan secara berperingkat sebanyak tiga kali sambil dipukul sehingga adunan menjadi kental dan bertanduk .
ambil sedikit Bahan B dan masukkan ke dalam Bahan A tadi .
7. Kacau sebati .
8. Kemudian tuangkan ke semua adunan Bahan A ke dalam Bahan B .
9. Kaup balik adunan sehingga sebati .
10. Jangan terlebih kaup . Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar .
panaskan oven .
11. Bakar menggunakan kaedah water bath pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.
Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau
Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya,”Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan“.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau lebih hebat memasak. Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.
Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.
KERUTUK ITIK BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
500ml santan pekat
4 sudu makan rempah kerutup
3 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula kabung secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
1/2kg santan pekat
4 keping asam gelugor
1 keping gula kabung
Garam secukup rasa
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan halba campur
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3cm halia
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
Memang renyah sikit nak masak nasi minyak Terengganu ni tapi bila dah siap memang puas hati perut pun kenyang! Mana taknya, meriah betul resipi lauk nasi minyak Terengganu yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook ni. Kalau ada majlis kecil-kecilan bersama keluarga masak resipi ni gerenti tetamu berselera. Saya kongsikan di bawah bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap resipi ini.
NASI MINYAK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1. Beras Basmathi Jasmin Parboil 1.8 kg. Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Untuk tumisan:
– Rempah 4 sekawan
– bawang besar 1biji dimayang
– bawang putih 2 biji dimayang
– daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
– minyak sapi
3. Kismis
4. Susu cair 1/2 tin
5. Sos tomato 5 sudu besar
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 2 inci (diketuk)
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan periuk elektrik
masuk minyak masak dan minyak sapi
tumis sampai naik baunya
masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras…
bila air dah mendidih…masukkan beras yang ditoskan..gaul rata…masukkan air…kalau beras jasmin parboil ni..yang telah direndam..sukatan air dengan beras ..air paras2 beras sahaja (ukuran air dengan beras dalam periuk)..
Selain Pisang Goreng, Cekodok Pisang, ada idea tak nak buat kuih apa dengan pisang? Kalau keluarga anda suka pisang dan banyak stok pisang cer cuba buat dua menu ni , nampak sedap dan senang je nak masak. Pisang Naga Sari tu kuih lama yang masih digemari hingga sekarang. Rugi kalau anda tak mencubanya…
KUIH NAGASARI PISANG BAHAN-BAHAN:
200gm tepung beras
50gm tepung ubi
125gm gula pasir
800 ml santan
1sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 helai daun pandan | simpulkan.
Daun pisang secukupnya | layur dan lap
Pisang secukupnya ikut cita rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan,gula pasir,garam dan daun pandan dalam periuk.
Renehkan sekadar santan masak sahaja, kemudian tutup api.
Dalam bekas lain, campurkan tepung beras dan tepung ubi, esen vanilla, kemudian tuangkan santan tadi.
Adun perahan hingga rata agar tidak bergentel.
Letakkan semula di atas dapur, renehkan di atas api kecil sambil kacau.
Reneh hingga meletup-letup, baru tutup api.
Sediakan daun pisang yang sidah dipotong ikut saiz dan dilap.
Tuangkan sesudu adunan kemudian ratakan dan letakkan pisang di atasnya dan tutup degan sesudu lagi adaunan.
Lipatkan daun pisang, kemudian susun dalam pengukus, kukus hingga masak lebih kurang 15-20 minit.
Setelah masak,sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan. Resipi & photo: @hanhanny
ROTI PISANG BANJAR BAHAN-BAHAN:
300gm pisang kapok Abu masak | potong kecil
200gm tepung terigu protein sedang
400ml santan hangat kekentalan sedang (200 ml santan instan diencerkan)
100gm gula pasir | boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis
1 sudu teh garam garam
1 biji telur saiz A
1/2 sudu teh esen vanila
Marjerin | untuk oleh acuan
CARA MEMASAK: 1. Campur tepung gandum, gula, garam, vanila, telur dan santan. 2. Adun hingga rata dan tidak berketul.
3. Masukkan pisang, adun lagi hingga sekata. 3. Panaskan acuan atau boleh guna acuan non-stick. 4. Hias atasnya dengan 3 – 4 potong irisan pisang di atasnya dan tutup. 5. Bakar dengan Panggang dgn api kecil hingga masak. 5. Sebelum angkat, sapukan sedikit marjerin di atasnya. 6. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.