Kek gulung bukan hanya rasanya sedap malah cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah menjadikan bentuknya tampil menarik. Suhu amat penting bila membuat kek gulung. Jangan gulung kek semasa ia panas atau bila sudah terlalu lama dibiarkan sejuk. Kek gulung boleh tahan lama jika di freezer, 1-2 bulan tetapi jika di fridge biasa dalam semingga sahaja boleh bertahan. Jom lihat cara-cara membuatnya .
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
*Telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut
60 gm tepung gandum (1/2 cawan)
80 gm gula pasir (3/4 cawan)
*gula halus pon boleh asal bukan gula batu
p/s: Sukatan cawan sebaiknya guna cawan yang digunakan sukat untuk buat kek. Dan guna sukatan dari penimbang adalah lebih baik.
CARA MEMASAK:
Ads
LANGKAH 1 :
Pukul telur bagi berbuih macam ni dengan whisk. Whisk guna tangan pun boleh.
LANGKAH 2 :
Isikan dalam mangkuk lain air panas, pastu buat teknik double boiler. Kacau selalu sehingga suam telur tadi. Dah suam, angkat/alihkan dari air panas tadi dan masukkan gula.
LANGKAH 3 :
Setelah itu masukkan gula, kacau dengan whisk electric. Pukul hingga gebu.
LANGKAH 4 :
Setelah adunan menjadi gebu, berhenti memukul. Untuk memastikan adunan telah gebu atau belum, uji dengan menggunakan pencungkil gigi. Kalau lidi tegak terpacak, maknanya adunan telah kembang sepenuhnya dan boleh berhenti memutar.
LANGKAH 5 :
Masuk tepung yang dah diayak. Gaul guna spatula.
LANGKAH 6 :
Gaul sampai sebati. Nampak macam licin macam nya haaa. Omputih panggil “ribbon stage” gittchuuu.
LANGKAH 7 :
Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu yang sama selama 10 minit sebelum dimasukkan kek. Letak loyang di rak tengah, menggunakan api atas bawah.
Dah siap masak, sejukkan. Balut dengan plastik wrap seperti dalam gambar. Tujuannya bagi kek tak kering. Tunggu hingga kek betul-betul sejuk.
LANGKAH 8 :
Untuk filling, terpulang mengikut citarasa. Boleh letak jem, nutella atau buttercream. Resipi ini menggunakan fresh cream Vivo. Caranya ialah putaer fresh cream hingga gebu. Setelah kek sejuk, bolehlah disapu.
LANGKAH 9 :
Ads
Sapu fresh cream hingga rata dan tidak terlalu tebal. Kerana jika terlalu tebal, kek susah untuk digulung. Tabur chocolate rice jika suka.
LANGKAH 10 :
Gulung dengan berhati-hati dan tidak tergopoh gapah. Balut kek dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dipotong. InsyaAllah jadi comey macam ni. Tak merekah. Tak pecah.
Setiap kali bulan Ramadan, akan timbul macam-macam jenis air yang dijual di Bazar Ramadan. Apa kata kali ini anda cuba buat sendiri di rumah dengan resipi Ais Cincau Gula Melaka dan Ais Mangga Susu yang dikongsikan ini. Sangat mudah dan terjamin kebersihannya. Tak payah nak keluar ke bazar hanya kerana air di musim PKP ni.
AIS CINCAU GULA MELAKA BAHAN-BAHAN: 1 keping cincau hitam | parut 1000ml susu cair full cream 200gm gula melaka 2 sudu makan gula pasir 1 helai daun pandan simpul 350ml air
CARA MEMBUAT:
Masukkan gula melaka, pandan dan air dalam periuk, renehkan hingga mendidih. Tutup api, tapis dan sejukkan.
Dalam jug campurkan susu cair dan larutan gula melaka, gula pasir.
Kemudian tambah ke dalamnya cincau parut. Kacau
Sejukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
Atau masukkan ketulan ais dan hidangkan. Rasa sejuk memberi nikmat hilangkan dahaga.
By @susan_mellyani
AIS MANGGA SUSU BAHAN-BAHAN: 1 biji mangga masak ranum | dikisar halus Nata de coco secukupnya 100ml air gula Susu pekat manis secukupnya | ikut citarasa 500ml air mineral Selasih secukupnya | direndam Ais secukupnya 1 biji mangga potong dadu | untuk hiasan CARA MEMBUAT:
Campurkan mangga kisar bersama air, air gula dan susu pekat manis.
Kacau rata sehingga mendapat rasa yang diinginkan.
Sejukkan dalam peti sejuk jika belum sedia dihidangkan.
Jika ingin dihidangkan terus, tuang dalam gelas, kemudian hias dengan hirisan mangga, nata de coco, ais dan selasih di dalamnya.
Teringin buat Talam Keladi Berlauk, jangan kata tak boleh buat ye. Resipi yang dikongsikan ini boleh membantu dan anda hanya perlu yakin mencuba. Bahan mudah dan cara memasak juga senang. Gerenti anda akan berpuashati bila hasilnya menjadi dan sedap.
TALAM KELADI BERLAUK BAHAN-BAHAN BAHAN A: 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung gandum 6 cawan santan | 1 biji kelapa 1sudu kecil garam BAHAN B: 2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan 2 sudu besar udang kering 4 tangkai cili merah | cincang 1 pokok daun bawang | hiris halus 1 pokok daun sup | hiris halus 2 sudu besar bawang goreng BAHAN C (HIASAN):
3 tangkai cili merah | cincang 1/2 cawan bawang goreng 2 sudu besar kacang tanah | disangai dan tumbuk 2 sudu besar udang kering | digoreng gareng dan dikiar halus 1 pokok daun sup dan daun bawang | hiris halus Beberapat titisan minyak bijan
CARA MEMBUAT:
Panaskan pengukus dan sapukan minyak masak pada loyang saiz 10X10 inci.
Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan tapiskan ke dalam mangkuk.
Seterusnya masukkan bahan B dalam mangkuk adaunan tadi dan gaul rata.
Masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga naik wap. Tutup api.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang diletakkan dalam kukusan.
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Tutup api dan sejukkan beberapa jam, apabila ingin menghidangkan taburkan di atasnya dengan bahan C di atasnya dan potong.
Raya korban beberapa hari lagi. Bila dapat daging korban nanti bolehlah buat pekasam daging ni. Menu simple macam ni memang boleh berulang kali menambah. Kalau beli pun boleh tahan harganya. Jadi buatlah sendiri, puas hati menikmatinya.
Pekasam Daging
Bahan-bahan:
800g daging dihiris nipis (jangan nipis sangat tau agak ye)
asam keping (basuh dulu)
4 sudu makan garam (saya guna garam bukit tak masin sangat)
½ cawan beras
Cara membuat:
1.Sangai(goreng) beras sampai warna keperangan.(basuh beras dulu,toskan air kemudian terus sangai)
2.Gaulkan garam dan asam keping.Ketepikan dulu.
3.Blend beras yang sangai tadi. Saya blend tak hancur sangat sebab nak rasa tekstur beras rangup gitu bila goreng nanti,tapi ikut pada masing-masing, nak blend hancur terus pun boleh.
4.Tuang beras blend tadi dan gaulkan rata.
5.Gaul sampai daging bersalut dengan beras. Dah siap gaul,masuk dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk (bahagian bawah) 3/4 hari. Siap untuk dinikmati.
Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula. Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.