Menu kek antara yang digemari dan mudah disediakan. Rata-rata menyukai kek zaman mak kita dulu bukan hanya mudah buat malah tidak menjemukan. Boleh ikut langkah yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan:
Langkah 1
Campurkan bahan dalam mangkuk hijau hingga kembang/gebu (10-15 minit)
Langkah 2
Masuk telur satu persatu sehingga habis. Adun hingga sebati.
Langkah 3
Masukkan tepung sikit-sikit hingga habis. Adun hingga sebati.
Langkah 4
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu campurkan dua sudu kecil serbuk koko satu lagi biarkan asli. Masukkan selang seli dua adunan ini ke dalam loyang sampai habis. Taburkan choc chip.Panaskan oven 200 c 15 minit (kenali oven masing-masing).
Langkah 5
Bakar 180c 45-50 minit. Bila dah berbunyi keting keluarkan dan terbalikkan atas redai. Lepas tu terbalikkan semula.
Ok kek siap untuk dihidang. Kek paling mudah nak buat.
Kredit : Tina Jair
INGIN MENCARI AIR FRYER YANG TERKINI DENGAN HARGA BERPATUTAN, BOLEH LAYARINYA DI SINI.
https://www.rasa.my/nasi-tomato-dan-ayam-masak-merah-menu-kombo-pelengkap-hidangan-berbuka/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Rahsia Resipi Kek Hijau 7 Bahan! Rupa-rupanya Sukat Guna Tin Susu. Patutlah Sedap Macam Kek Lumut
Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis kek. Menurut orang barat, kek perlu tepat sukatannya agar rasa dan teksturnya sedap. Bahan ditimbang agar sama dan tidak terlebih atau terkurang. Begitu juga dengan suhu waktu membakar kek.
Namun selalu juga kita dengar orang-orang tua dahulu buat kek main agak-agak sahaja mengunakan sukatannya. Ada yang pakai cawan dan mangkuk sahaja. Tetapi lain pula dengan wanita ini. Menurutnya resipi ini diperoleh daripada mak ciknya. Lebih menarik lagi, ibu saudaranya itu tidak mempunyai resipi yang ditulis kemas. Semuanya dalam kepala.
“Resipi Kek Hijau ni saya dapat daripada mak cik saya raya lepas. Mudah giler. 7 bahan sahaja (saya tambah lagi 1 jadi 8 bahan) dan disukat menggunakan tin susu. Patutlah masa minta resipi, mak cik saya tak buka buku pun. Dia sebut sahaja bahan-bahannya. Cara buat tu pandai-pandai sendiri la.“ ujar Noy Yullan di dalam FBnya.
MASAK PERLU KREATIF
Sememangnya kalau kita buat apa sahaja kita perlu praktis. Kata orang putih practice makes perfect. Mungkin pertama kali buat, kita gagal kerana ada kurang di sana sini. Tetapi bila dah mula pandai sesuaikan semua, kita pasti jadi mahir. Dan kerana itulah hasil tangan masakan orang-orang tua makin lama makin sedap kerana mera melihat memasak seuatu kemahiran subjektif yang perlu digilap. Mesti kreatif agar masakan menjadi semakin bernilai.
Menurut Noy Yullah, kek hijau ini adalah satu variasi kek lama Sarawak. Kalau kek lama, semestinya sedap sebab orang-orang dulu sangat kreatif dalam mencipta dan memberikan inovasi dalam setiap masakan mereka.
“Ini adalah salah satu variasi kek lama Sarawak. Rupa dan rasa hampir menyerupai Kek Lumut. Bezanya adalah bahan dan tekstur kek. Kek Hijau lebih padat dan besar. Saya tambah esen vanila dalam adunan (resipi asal tak ada). Manis kek dapat daripada susu pekat, kaya dan horlicks”
Jom kita semak sukatan dan bahan-bahan yang digunakannya. Apa yang menarik, penggunaan tin susu sebagai sukatan memang rai. Inilah yang dikatakan benda senang yang boleh dicari. Takdelah kita susah hati nak timbang-timbang bahan dan kalau penimbang tersilap memang lain jadinya kek kita.
Lihatlah betapa moistnya kek ini. Ia juga padat dan cantik. Warna hijaunya sangat menarik dan membuatkan kita tidak sabar untuk menjamah.
Ini dia resipinya:
Kek Hijau (Kek Ijo)
Loyang 7″ x 7″ x 3.5 atau 8″ x 8″ x 3″
(Noy Yullan)
*Nota: sukatan bahan menggunakan tin susu 500gm)
Bahan-Bahan
254gm unsalted pure butter (seketul)
6 biji telur gred double A / gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu pekat (500gm)
1 tin kaya (sukat kaya menggunakan tin susu)
1 botol kecil (30ml) pes pandan Koepoe2)
*1 tin horlicks
*1 tin tepung gandum
(Satukan bahan * dan ayak bersama)
Cara-Cara:
1. Pukul butter sehingga kembang (putih pucat).
2. Masukkan susu pekat, kaya, dan telur satu per satu. Putar sehingga kembang dan sebati.
3. Masukkan pes pandan.
4. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung gandum dan horlicks yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati.
5. Offkan mixer, kaub-balik adunan bagi memastikan adunan telah dipukul rata. (Kadang-kadang ada tepung menempel pada dasar mangkuk mixer. Kalau biar, nanti kek ada ketulan-ketulan tepung.)
6. Sediakan loyang. Sapu bahagian dalam loyang dengan mentega. Tabur sedikit tepung. Ratakan. Terbalikkan loyang, tepuk belakang loyang bagi membuang sisa tepung. Loyang tu nak alas boleh, tak alas pun boleh asalkan kita dah gris bhgn dalam loyang.
7. Tuang adunan ke dalam loyang. Hentak beberapa kali atau ambil lidi, lalukan lidi ke dalam adunan secara rawak (Tak buat pun tak apa).
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana sehingga masak. Pastikan air kukusan sudah mendidih. (Mak cik saya kata kukus 6 jam, tapi saya kukus dalam 4 jam lebih sahaja. Asal dah masak, saya terus tutup api). Cara nak tahu kek masak atau tidak, kau ambil lidi, cucuk tengah kek dengan lidi. Cabut. Kalau masih ada sisa kek basah dan lembik melekat pada lidi tu maknanya kek belum masak.
9. Apabila kek masak, terus keluarkan dari pengukus, dan buka aluminium foil. Kek tu nak dikeluarkan terus dari loyang boleh, nak tunggu sejuk dulu baru keluarkan pun boleh. Potong kek selepas kek benar-benar sejuk. Sejukkan di ruang tamu dulu. Kalau pegang bawah loyang dah x panas, boleh la potong. Siap.
Nota: Sengaja saya terangkan panjang lebar supaya semua faham. Yang baru nak belajar faham, yang dah otai lagilah faham.
#KekHijauKukus#KekHijau#KekIjo#KekKukusSarawak#ResipiNoyYullan
MARI KITA SEMAK JUGA TIPS BUAT KEK :
Kalau nak kek menjadi seperti orang lain buat, panduan ini juga sangat berguna. Ingat memasak juga perlu kesabaran
Tepung yang diayak bukan sahaja boleh mengasingkan benda asing yang tidak perlu seperti ulat dan batu.
- Sebelum mula mengadun, pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
- Kek akan menjadi lebih gebu jika anda menggunakan bahan yang telah di ayak. Jadi, penting untuk memastikan bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, soda penaik dan garam digaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu.
- Elakkan daripada terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menjadikan kek anda mampat dan tidak gebu. Cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
Penggunaan spatula juga memudahkan proses kaup balik adunan. Dan adunan boleh dikaup semua kedalam acuan, tanpa membazir.
- Gunakan spatula untuk memasukkan tepung dan kaup balik adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati.
- Elakkan daripada menggaul adunan dengan kerap ketika menunggu adunan dibakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis kerana ia akan membuatkan adunan turun dan kek menjadi mampat. Jauhkan adunan yang menunggu daripada suhu panas.
- Hanya gunakan spatula ketika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian serta menambah bahan lain seperti pewarna dan buah-buahan kering.
- Panaskan ketuhar selama 15 minit lebih awal sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akan menyebabkan kek tidak menjadi.
KREDIT RESIPI: NOY YULLAN
Cara Masak Kek Buah Kukus Sedap Cara Orang Tua Dulu-Dulu.
Kek Buah Kukus memang sedap dan merupakan antara kek tradisional yang kekal popular hingga kini. Salah satu yang menarik perhatian ialah resipi kek buah perkongsian Puan Hasniza Hassan ni.
Menurut beliau, kek buah kukus ini ada sejarahnya yang tersendiri buat keluarga dimana resipinya dipelajari oleh ibu Puan Hasniza sendiri daripada emak kawan baiknya. Hampir 50 tahun ibu beliau buat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.
Kini diusia 76 tahun, kepakaran ibu telah diwariskan kepada Puan Hasniza dan beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan semua yang ingin mencuba.
KEK BUAH KUKUS KLASIK
BAHAN A:
- 600gm tepung gandum
- 4 sudu teh Cream of Tartars
- 2 sudu teh Bicarbonate of Soda
- 300gm Mixed Fruit
(gaul semua dan ketepikan)
BAHAN B:
- 450gm marjerin planta
- 225gm gula halus (biasanya mak Kak Has akan kisar halus gula kasar)
- 5 biji telur ayam gred B/A
- 3 sudu teh esen vanila
(pukul semua bahan sehingga ringan)
BAHAN C:
- 225gm gula kasar
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula kisar halus. Pukul hingga ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan B. Gaul hingga sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan seketika.
6. Untuk bahan C, goreng gula kasar dalam kuali hingga mendidih dan berbuih. Jangan masukkan air.
7. Sentiasa kacau gula semasa menggoreng supaya semua gula larut sekata.
8. Setelah gula berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek. Gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.
9. Paling baik jika ada 2 orang membuatnya. Seorang tuang gula, seorang lagi kacau adunan. Namun perlu berhati-hati kerana gula panas.
https://www.facebook.com/hasniza.hassan.5/videos/2420219007988586/
10. Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.
11. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
12. Mak Kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.
13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.
17. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi, video & foto sepenuhnya: FB Hasniza Hassan
Resipi Kek Buah Sukatan Cawan, Ikut Cara Ni Barulah Lebih Cepat Masak
Bagi penggemar Kek Buah tapi nak yang dalam sukatan cawan, resipi perkongsian saudari Hadiyana Che Halim ni boleh anda cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Kek Buah Kukus memerlukan masa yang panjang untuk masak. Jika anda tidak punya masa, boleh cuba buat Kek Buah versi bakar. Rasanya tetap sama sedap. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT KEK BUAH BAKAR SEDAP, ENAK & CEPAT MASAK GUNA SUKATAN CAWAN
BAHAN-BAHAN:
400gm mentega /marjerin – beli online disini
1 1/2 cawan gula halus – beli online disini
4 biji telur gred A
1 sudu teh ovalette – beli online disini
3 1/2 cawan tepung naik sendiri – beli online disini
2 cawan buah campuran – beli online disini
1 sudu esen vanilla – beli online disini
3 sudu makan oren sunquick – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Rendam sekejap buah campuran dengan air suam. Kemudian toskan. Gaul dan salutkan buah campur tadi dengan sedikit tepung.
2. Satukan mentega, gula dan ovalette. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan telur, esen vanilla dan oren sunquick. Adun lagi hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri. Sebatikan menggunakan spatula sahaja.
5. Masukkan buah campuran. Tinggalkan sedikit untuk ditabur di permukaan kek nanti.
6. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9×9 yang telah dialas dengan baking paper. (empunya resipi guna loyang saiz 8×8. Lebihan adunan beliau bakar guna bekas bersaiz 5×5). Tabur lebihan buah di permukaan kek.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakat kek selama 45-60 minit atau hingga masak. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Hadiyana Che Halim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Tapai Pulut Sedap Untuk Hari Raya. Begini Caranya
Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy. Memang Puas Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official