Selain kek mentega , kek oren dan kek marble, kek yang menjadi kesukaan ramai ialah kek karot. Parutan karot pada kek memberi rasa yang enak dan tidak muak makan. Buatnya pun tak susah.
Kek Karot
Bahan-bahan- 1 1/2 cawan tepung gandum 2 biji telur 1 batang karot (diparut jadikan 1 cawan) 1 cawan gula perang 1 sudu teh esen vanila 1 sudu besar serbuk penaik 1 sudu kecil ovalete (kalau tak letak punn takpe)-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan minyak Sedikit kismis atau walnut
Toping- 250gm cream cheese 6 sudu besar susu pekat manis -BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh esen vanila -BELI ONLINE DI SINI
Ads
Cara memasak –
1.Pukul telur, gula perang, ovalete hingga kembang 2.Masukkan esen vanila dan karot 3.Masukkan minyak 4.Ayak tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. 5.Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut 6.Lapikkan loyang dengan baking paper bawahnya dan tuangkan adunan 7.Panaskan oven suhu 175 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing. 8.Dah siap sejukkan kek baru letak toping dan taburkan lebihan karot, walnut tadi ataupon gula-gula manik jika suka.
9.Untuk toping – mixed cream cheese dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila. Gaul sebati dan bolehlah sapu atas kek
Masakan negara Asean memang serasi betul dengan tekak kita. Bahannya mudah dicari dan rempah ratusnya agar menyamai dengan Malaysia.
Jika negara Thai kaya dengan penggunaan herba, daun limau purut, bunga kantan dan rasa masam pedai menggoda, Indonesia pula lebih dekat rasa sajiannya dengan masyarakat Melayu.
Ni min kongsikan 2 resipi dari Tanah Abang , Indonesia dan 2 hidangan dari negara Gajah Putih, Thailand . Dijamin sedap…
1.OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
500 gm santan segar
3 batang serai /diketuk
4 helai daun salam6 helai daun limau purut /dicarik
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
3 sm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1/2 sudu teh biji jintan
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati. 4. Masukkan pula santan sehingga mendidih. 5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah. 6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
150 gm nasi putih
2 biji telur ayam
5 ekor udang harimau
5 keping isi ayam /dihiris
1 ekor sotong putih/dihiris
2 ulas bawang putih /dititik
2 biji bawang merah/ dihiris
5 ekor udang kering/ditumbuk
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu teh kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Telur sarang
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur. 3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi. 4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa 5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
INFO CHEF:Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN :
200 gm isi ayam /dicincang
3 ulas bawang putih /dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk. 2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula. 3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan kicap pekat 5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Thai Cara memasak : Tumis Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
INFO CHEF :Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang /dicincang
1 ekor sotong /dicincang
4 ekor kupang /dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang /dipotong kecil
1/4 batang lobak merak /dicincang halus
2 batang cili padi /dihiris
2 ulas bawang putih /dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland /dicincang
2 biji bawang merah/ dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. 2. Panaskan pengukus dengan air. 3. Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit. 4. Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas. 5. Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama/kudapan Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
INFO CHEF :Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
Acar rempah timun telur puyuh ni memang sedap dimakan dengan nasi tumis sperti Nasi Minyak, Nasi Tomato dan juga nasi biasa. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
Keenakkan hidangan ini bila sayur dikunyah rangup dan telur puyuh rebus lembut. Rasa rempah diseimbangkan dengan rasa masam cuka. Jom semak resipi perkongsian Nadia Arissa ini.
ACAR REMPAH TIMUN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN
BAHAN A:
Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
1 biji timun – di potong jejari
1 biji lobak merah – di potong jejari
Bawang merah ros – dibelah dua
Cili merah dan hijau
3 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar kerisik
Cuka
Garam
Gula
Biji Sawi
BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS):
2 biji bawang merah ros
2 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN-BAHAN C (DIKISAR):
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hirisan hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (Bahan C) kemudian masukkan rempah kurma. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan kerisik
4. Masukkan semua bahan-bahan utama (Bahan A)
5. Perasakan dan biar hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali, taburkan biji sawi
7. Siap dan boleh dihidangkan.
Resipi kuih gunting ni sangat sesuai untuk yang sedang tercari-cari snek sedap untuk dimakan bersama keluarga sewaktu menonton televisyen di rumah. Memang senang sangat resepi ni boleh buat banyak dan simpan dalam balang buat stok. Resipi kuih gunting ini dikongsikan di Facebook oleh Ummu Ashraf. Kalau ada yang nak buat jualan guna resipi ni pun boleh. Jom kita cuba!
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.