Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
BAHAN COKLAT LUAR:
500gm white chocolate compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon
BAHAN BAHANGIAN KEJU:
BAHAN A:
400gm krim keju (cream cheese)
300gm krim putar (whipping cream)
50gm gula aising
1/2 sudu makan perasa oren sunquick
BAHAN B:
50gm air suam
1 1/2 sudu makan gelatin
CARA MEMASAK:
1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.
2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.
3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
Ads
4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.
5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.
6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.
7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.
8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.
9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.
10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.
Ads
11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Kecur liur bila tengok macam macam jenis kerabu. Tambah berselera bila adanya kerabu dalam hidangan. Sebenarnya telur ikan pun boleh dibuat kerabu. Kedengaran pelik tapi sekali rasa pasti nak lagi. Berikut min kongsikan enam resipi kerabu paling unik dan terlajak sedap.
KERABU UDANG
Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk isi udang
3 biji tomato hijau
2 sudu makan kacang tanah goreng (Ditumbuk kasar)
3 sudu makan santan pekat
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Buang kulit udang dan sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali sehingga isinya kemerah-merahan.
2. Potong tomato kecil-kecil.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
4. Gaulkan supaya sebati dan rata.
Sedia dihidangkan.
KERABU TELUR IKAN
Bahan-bahan diperlukan:
500 g telur ikan tenggiri
1 sudu teh serbuk kunyit
5 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 helai daun kunyit (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili hijau (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
5 biji cili api (Dihiris)
½ cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh dan tuskan telur ikan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Gorengkan telur ikan sehingga masak dan sedikit garing.
3. Angkat telur ikan dan potong kecil.
4. Hiris daun kunyit halus-halus.
5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul perlahan-lahan supaya sebati.
Sedia dihidangkan
KERABU TERUNG TELUNJUK
Bahan-bahan diperlukan:
15 biji terung telunjuk
1 biji cili merah
8 biji cili api
1 sudu makan udang kering
1 sudu teh lada hitam
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api, udang kering, lada hitam dan belacan ditumbuk bersama)
1 labu bawang besar (Dihiris)
1 sudu makan kerisik
½ cawan pati santan
4 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Rebus terung telunjuk sehingga lembut selama 10 minit dengan garam, kemudian belahkan dua.
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan bawang besar, kerisik dan santan di dalam mangkuk.
3. Masukkan terung dan bahan-bahan lain. Kemudian gaul rata.
Sedia dihidangkan.
KERABU KUPANG
Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk kupang
1 mangkuk kecil tauge
2 biji tomato (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
8 biji cili api
2 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan ditumbuk halus bersama)
½ cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan perahan limau kesturi
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh dan rebuskan kupang dengan sedikit garam. Kemudian tuskan.
2. Buangkan akar tauge dan basuh.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
KERABU PERIA
Bahan-bahan diperlukan:
2 biji peria katak
1 labu bawang besar (Dihiris nipis)
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan santan
2 sudu makan jus limau kesturi
2 biji cili merah
5 biji cili api
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api dan belacan ditumbuk bersama)
Cara menyediakan dan memasak:
1. Belah dua peria katak dan buangkan biji di tengahnya. Kemudian hiris nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
KERABU KERANG
Bahan-bahan diperlukan:
1 kg kerang (Bersaiz besar)
1 ikat pucuk paku hijau (Dipotong kasar)
1 sudu makan kerisik
½ cawan santan pekat
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 labu bawang besar (Dihiris)
10 biji cili api
3 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan dikisar bersama)
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit.
2. Tuskan dan ambil isi kerang sahaja
3. Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.
4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Masakan Thai tidak lari dari menggunakan bahan seperti serai dan daun limau purut sebagai penambah aroma dalam masakan. Antaranya dalam resipi Ayam Serai Thai ini, menu agak simple tapi rasa tidak mengecewakan. Sesuai untuk mak-mak yang sibuk dan gerenti anak-anak sukannya.
AYAM SERAI THAI BAHAN-BAHAN: 6 kepak ayam | buang hujung sayap dan potong dua. 1 sudu the serbuk kunyit Sedikit garam 2 batang serai | ketuk 5 helai daun limau purut | buang tengahnya gunting halus 1 sudu makan sos seafood 1 sudu makan sos ikan 1 kiub pati ayam Gula secukupnya 1 biji limau kasturi | ambil.jusnya BAHAN KISAR: 5 biji cili besar 6 biji cili padi 3 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah . CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan serai dan daun limau purut.
Kacau rata masukkan kiub ayam.
Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi.
Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
Soscili adalah salah satu penyedap masakan dan juga bahan wajib ada di rumah kita. Segala makanan bergoreng memang sedap kalau dicicah dengan sos ni. Sebotol kecil, harganya dalam RM2-Rm3 ringgit lebih bergantung pada jenama. Kalau sekali guna pun dah 1/2 botol. Sekejap je habis kan. Khas untuk puan-puan yang nak jimat, resipi Sos Cili Thai homemade ni anda boleh cuba.
Hanya dengan bermodalkan RM5, puan-puan dapat menghasilkan tiga botol Sos Cili Thai ni secara homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat jimat! Bagi yang nak cuba, berikut adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Haslindawati Omar.
RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air
3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
Sedikit cuka makan
½ cawan gula – ikut tahap kemanisan yang anda suka.
Secubit garam
BAHAN KISAR (JANGAN TERLALU HANCUR. AGAK-AGKA SAHAJA):
5 biji cili merah besar – buang biji
4 biji cili padi merah – tidak perlu buang biji
5 ulas bawang putih
1/3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan 2 cawan air.
2. Masak bahan kisar tadi hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sebati sampai gula larut.
4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Teruskan masak sampai mendidih dan sos berkilat.
6. Siap dan sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih. Simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.