Kek Kelapa Gebu & Semerbak Harum. Resipi Ikut Sukatan Cawan Gerenti Jadi

Share

Siapa yang pernah rasa kek ini? Ada yang menggelarnya kek Bunga Rampai atau Kek Kelapa. Walau apapun gelarannya, di dalamnya kek ini diletakkan kelapa. Tambah sedap bila kelapa parut yang digunakan ini disangai. Bau aroma kek ini ketika dibakar memang semerbak harum.

Kek Kelapa/Kek Bunga Rampai


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan majerin/butter
1 1/2 cawan gula kastor.(Saya guna 1 1/4 cawan) -BELI ONLINE DI SINI
4 biji telur
1 sudu kecil ovelete -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan susu paket
2 1/4 cawan tepung naik sendiri. (Saya guna tepung gandum letak 1 sudu kecil baking powder diayak
1 1/2 cawan kelapa kering. Saya guna kelapa parut disangai. Bahagi 3.Warnakan hijau, merah,kuning. Tak ada warna merah letak warna pink.

Perasa-Vanila/ros/kelapa.coconut paste.Saya suka perasa ros.

Cara memasak:
1.Pukul majerin dengan gula hingga kembang.
2.Masukkan telur dan ovelete. Gaul sebati.


3.Masukkan tepung.


4.Akhir sekali masukkan kelapa.
5.Bakar dalam oven api atas bawah. Bawah 170 atas 160 (ikut kepanasan oven masing-masing)Lebih kurang dalam 50 minit ke 1 jam.

Kredit resipi: Badariah Abdrahman

INGIN MEMBELI MIXER BARU, BOLEH BELI DI SINI.

Published by
Putri Adila Saari