Kek Kelapa Mudah & Sedap Tanpa Tepung, Mentega, Tak Guna Mesin

Share

Orang kita memang suka menggunakan kelapa dalam masakan. Tak kiralah kelapa kering atau pun kelapa segar.

Jika anda penggemar kelapa, bolehlah cuba resipi kek kelapa yang dikongsi khas jauh dari Jerman.

Resipi yang dikongsi Julita Salleh ini, diperoleh daripada ibu mertuanya yang merupakan orang Jerman dan menetap di sana.

 

KEK KELAPA

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur
250ml cream cheese @ whipping cream (saya cadangkan guna cream cheese lagi sedap sebab kawan-kawan dah cuba dan bandingkan dengan whipping cream)


150g gula – beli online di sini
250g kelapa kering
Secubit garam
Sedikit essen vanilla – beli online di sini
5g @ 7g (1 sudu besar) baking powder – beli online di sini

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick | Dapur Rasa Live

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Masukkan telur, gula, essen vanilla dan secubit garam dalam bekas. Kacau-kacau sebati.


2. Lepas tu, masukkan kelapa kering, kacau-kacau sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan cream cheese atau whipping cream. Kacau sebati.
4. Simpan adunan tadi dalam peti ais selama 30 minit. Selepas 30 minit, keluarkan dan kacau-kacau.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Masukkan baking powder, kacau-kacau dan boleh masukkan dalam mould bakar. Sapu sedikit mentega pada mould dan letak baking paper.


6. Guna suhu 170C selama 35 atau 45 minit, tengok ketuhar masing-masing.

Kredit resipi: Julita Binti Salleh

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff