Hari ni teringin nak masak kek yang tidak jemu makan. Nak mudah kita tak bakar tapi kita kukus. Bila kek dikukus rasa lebih sedap dan lebih gebu.Sebelum dikukus sebaiknya dihentak dulu loyang atau acuan untuk buang angin atau gelembung pada adunan kek.Adunan kek seterusnya juga dihentak-hentak sebelum tuang untuk lapisan seterusnya. Jom kita buat Kek Kukus 3 Layer ikut resipi yang dikongsi oleh Zura Zul .
Kek Kukus 3 Lapis
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI
(ayak bersama)
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 sudu besar ovellete-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar serbuk koko
1 sachet Nogula Caffe @sweetlab_dapor (boleh tukar 3 in 1 macam nescafe tu)
Sedikit pewarna chocolate brown
Cara membuat:
1.Adun telur,ovellete, gula dan esen vanilla sampai kembang dan putih.
2.Masuk minyak masak dan adun sebati.
3.Kemudian susu cair dan adun hingga gebu.
4.Masukkan tepung sikit-sikit sambil adun perlahan/kaup balikkan dengan spatula hingga rata/sebati.
5.Bahagikan tiga bekas. 1 bekas dengan Nogula Caffe @sweetlab_dapor.. 1 bekas dengan serbuk koko,1 bekas yang plain.
6.Loyang atau acuan disapu minyak dan lapik baking paper.
7.Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Lapis 1(koko) 10 minit api sederhana. Penutup pengukus bungkus dengan kain yang sesuai.
8.Tuang layer kedua (caffe) kukus 10 minit, layer ketiga (plain) kukus 20 – 25 minit.
9.Sejukkan dulu, baru keluarkan kek tadi. Guna pisau plastic,cungkil dari tepi keliling loyang atau acuan.
10.Potong ikut cita rasa, sedia untuk dihidang.
Kredit: Zura Zul