Kek lapis memang rumit sikit buat dia. Kena sabar dan teliti bila membuatnya. Ni resipi dari Adinda Dona Kek Lapis ni begitu istimewa sekali.

Tiga lapisan yang disusun adalah dari ramuan bercampur kaya, horlick dan coklat masakan + milo. Nampak tak gandingan sedapnya kat situ. Jom practice buat, nanti nak raya boleh cuba.

KEK LAPIS IDOLA

Kek Lapis Idola, Berlapis Kaya, Horlicks & Milo, Super Sedap Ni…

BAHAN A
450gm salted anchor/2 ketul mentega
150gm gula halus
10 biji telur gred A
300gm susu pekat
80gm kaya tin

BAHAN B
200 gm horlicks |minuman malt
50gm serbuk santan(sy guna kara)
2 cawan tepung Hong Kong.

IKLAN

BAHAN C
500gm coklat masakan(sy guna beryls milk coin dan double boiler)
1/2 cawan milo
pewarna kuning.

CARA MEMBUAT :

1.Cara: speed laju, pukul mentega dan gula hingga putih. masuk telur satu persatu dan putar kembang. masukkan susu dan kaya. putar sebati. perlahan kan speed, masukkan BAHAN B sedikit2 dan putar hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua.
2. Adunan 1 : letak warna kuning. (3 atau 4 lapisan utk atas, 3 atau 4 lapisan bawah)
Adunan ke-2 : masukkan milo dan coklat yg dicairkan . (lapisan coklat adalah lapisan utk tengah2, rujuk gmbar kek)
3.Bakar pada suhu 150-170 bergantung kepada oven. *adunan coklat akan masa sedikit. pastikan adunan coklat betul2 masak.

IKLAN

Kek Lapis Idola, Berlapis Kaya, Horlicks & Milo, Super Sedap Ni…
4.Biarkan kek betul2 sejuk baru keluar loyang dan potong, jangan potong masa panas dan setiap lapisan yg telah masak harus ditekan-tekan menggunakan pressing kek.

Kredit foto & resipi : Adinda Dona Kek Lapis

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

IKLAN

DAN JUGA RESIPI INI :

Kek Lapis Kukus Masam Manis, Cantiknya Bak Pelangi

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI