Kek Lapis Kukus Masam Manis Cantik, Paling Mudah Dicuba & Rasa Sedap!

Share

Kek lama yang punya ramai peminat. Teksturnya yang lembut dan rasa yang enak menjadikan kek ini tidak jemu dinikmati. Nak belajar buat kek ni secara homemade? Resipi di bawah ini antara yang terbaik dan mudah.

 

KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 Biji telur  (sejukkn dalam peti sejuk)
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 100ml minyak masak
  • 150ml susu cair
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna pilihan
  • Asam Haw Flakes secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Putar telur, gula, ovalette dan serbuk penaik sampai kembang.

2. Selepas itu masukkan esen vanilla dan pukul seketika.

3. Masukkan minyak dan pukul sebati.

4. Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.

5. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.

6. Panaskan kukusan dan  sapukan loyang dengan minyak

7. Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.

8. Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.

9. Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.

Info: Pastikan kek betul-betul sejuk baru dipotong supaya dapat hasil yang cantik bila dipotong.

Kredit resipi & foto: Lieya Saad

Published by
Nur