
Siapa suka asam Haw Flakes ini? Boleh cuba resipi kek kukus yang ada rasa masam manis sedap. Adunan kek gebu warna-warni yang dilapiskan asam masam yang menarik mata.yang memandang.

.
Sudahlah cantik berwarna warni, keenakan rasanya beri kepuasan kepada mereka yang menikmatinya.
KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS

.
BAHAN-BAHAN:
- 5 Biji telur (sejukkn dalam peti sejuk)
- 2 cawan tepung kek
- 1 1/2 cawan gula halus
- 100ml minyak masak
- 150ml susu cair
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar ovellate
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Pewarna pilihan
- Asam Haw Flakes secukupnya

.
CARA MEMASAK:
- Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang.
- Selepas itu masukkan vanilla dan pukul seketika.
- Masukkan minyak dan pukul sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
- Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
- Panaskn kukusan & sapukan loyang dengan minyak
- Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
- Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
- Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.

.
Info: Pastikan kek betul-betul sejuk untuk dapat hasil yang cantik bila dipotong.
Kredit: Lieya Saad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Sambal Kecur Liur Dan Membuka Selera

Makan tanpa bercicahkan sambal rasa tak lengkap. Pelbagai jenis sambal boleh
anda sediakan ikut citarasa masing-masing. Sukatan bahan boleh saja ikut citarasa.
Kalau suka pedas dan rasa masam boleh tambah kuantiti bahan sesedap rasa.
Sambal Belacan Siam

Bahan-bahan:
2 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api merah siam
Belacan
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil ajinomoto
Air asam secukupnya
5 sudu makan cuka
1/2 biji bawang Holland
Cara membuat:
1.Kisar kesemua bahan dalam blender.
2.Air asam tu agak agak.Nak cair pekat sambal
*sebijik rasa sambal kat kedai tomyam
Sambal Tempoyak

Bahan-bahan:
1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam merah
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
kalau tempoyak dah manis letak gula sikit je cukup
1/2 cawan ikan bilis dibasuh
Cara membuat:
1.Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan.
2.Dah hancur masukkan ikan bilis.
3.Chopper lagi separuh hancur
4.Akhir sekali gabungkan dengan tempoyak manis.
Sambal Limau

Bahan-bahan:
1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Belacan
2 biji limau nipis
Cara membuat:
1.Tumbuk/ kisar dalam chopper kesemua bahan dan akhir sekali perahkan perahan limau.
2.Jangan masukkan air ye nanti sambal cepat berubah rasa.Sambal akan tahan lama
dalam peti sejuk.
*sambal ni kalau kakzu dah bosan sangat tak tau nak masak apa
ambil ikan atau ayam , gaul garam dan kunyit kemudian letakkan sambal ni
kat bahagian atas dan masak dalam air fryer, lauk diet paling sedap.
Sambal Mangga

Bahan-bahan:
1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Belacan
Buah mangga / bacang / kuinin yang diracik-racik
Cara membuat:
1.Tumbuk/chopper kesemua bahan kecuali mangga
2.Jangan masuk air.
3.Dah hancur baru masukkan mangga.
KUAH ASAM

Bahan-bahan:
Cili api hijau
Cili api merah
Cili masak
Bawang besar
Buah tomato
Semua di hiris
Bahan blender
Bawang besar
Cili api
Air asam jawa
Belacan
Cara membuat:
1.Lenyekkan ramas-ramas dua bahan ni dengan air.
2.Semua bahan disatukan.
3.Masukkan kerisik.
4.Sesuaikan rasa gula dan garam serta bahan perasa.Gula letak lebih sikit.
5.Masukkan limau kasturi dibelah dua.Sukatan agak agak ikut citarasa dan
kepekatan.
SAMBAL PICIT

Macam buat kuah asam cara dulu.Bezanya tak ada bawang saja.
Bahan-bahan:
Air asam jawa
Cili api
Belacan
Garam
Gula
Ajinomoto
Cara membuat:
1.Tenyeh-tenyehkan.
2.Suka tambahkan perahan limau nipis.
3.Akhir sekali masukkan ikan pelaling rebus.
Warna bergantung pada jenis asam jawa dan belacan
Kredit : dapur kakzu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Jagung Cheese Leleh , Mudah Dan Ekpres Tapi Sedapnya Kemain.

Ada tongkol jagung, susu cair, mentega, kepingan keju cheddar dah boleh buat resipi Jagung Cheese Leleh. Peminat keju mesti tertambat selera.
Keju meleleh tu yang menjadikan menu ini ekstra sedap. Kena pulak jagung manis hmmm memang padulah rasanya.Jom semak resipi perkongsian dari Siti Nabilah Jamaluddin MAHN ni.
JAGUNG CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN

- 4 tongkol jagung
- 1 tin susu cair ( sy guna fresh milk Dutch lady)
- 2 sudu b susu pekat (klau nak manis bole + )
- 2 sudu b planta /buttercup
- Garam
- Lada sulah
- 4 keping KejuCheddar
CARA MEMASAK:

1.Masukkan semua bahan dalam periuk
2.Biarkan mendidih siap nak wangi letak daun pandan. Tapi min rasa dah sedap pun kalau tak ada daun pandan pun.
kredit resepi: Siti Nabilah Jamaluddin MAHN
Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah & Enak Yang Sesuai Dijadikan Menu Kenduri.

Sebelum puasa ni, pasti ada yang merancang nak mengadakan kenduri kendara. Tak kiralah majlis pertunangan, perkahwinan, doa selamat dan sebagainya. Bila adanya majlis-majlis sebegini, tuan rumah pastinya sibuk duk fikir lauk-pauk apa yang nak dimasak nanti. Jom lihat seleksi lauk pauk yang boleh anda cuba masak sendiri di rumah secara rewang. Paling penting, sedap & memuaskan hati tetamu yang datang.
1. KARI DAGING KENTANG

BAHAN-BAHAN:
- 3kg daging batang pinang dan sedikit tulang | daging dipotong kiub dibersih dan ditoskan
- 5 biji kentang | dikupas dan belah empat
- 1 kg santan pekat
- 1 liter air
- 1 sudu makan gula melaka
- 2 paket kecil rempah kari daging | dibancuh dengan sedikit air
- 2 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 7 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga harum dan masukkan bahan kisar halus beserta rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
- Masukkan daging dan gaul rata dan masak sehingga daging kecut sedikit.
- Masukkan air, kacau, besarkan api dan masak sehingga mendidih, Masukkan kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.
- Masukkan kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
- Tuang pati santan, masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Campurkan tulang bersama daging bagi mendapatkan rasa kari yang enak dan manis.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
- 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
- 5 batang serai | diketuk
- 5 helai daun kunyit | disiat
- 2 keping asam gelugur
- 1 liter santan cair
- 2 kg santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
- Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
- Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan.
3. IKAN DORY MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
- 1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
- 2 biji bawang besar | hiris kasar
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 5 sudu makan sos Hoisin
- 1 botol besar sos cili Thai
- 5 sudu makan sos plum
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Hirisan daun sup untuk hiasan
- Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
- Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
- Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
- Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
- Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Tidak perlu untuk mencampurkan kuah terlalu awal untuk mengelakkan kepingan ikan menjadi kembang.
4. ACAR ANGGUR

BAHAN-BAHAN:
- 1kg anggur hitam
- 3 biji timun jepun
- 3 biji tomato masak
- 1 biji bawang holland
- 1 cawan cuka makan
- 10 biji cili api hijau | lebihkan cili jika mahu lebih pedas
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan semua bahan dan toskan.
- Potong dadu bawang, tomato dan timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain anggur hitam, boleh juga menggunakan anggur hijau atau merah. Lebih enak jika menggunakan anggur tanpa biji.
5. SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 3 biji lobak sederhana besar | dikikis kulit dan dipotong nipis
- 1kg brokoli | dipotong sedang
- 1kg bunga kubis | dipotong sedang
- 500gm kacang pis
- 3 biji bawang besar | dihiris halus
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 500gm udang sederhana | dibuang kulit dan dibersihkan
- 5 sudu makan serbuk perisa
- 1/2 cawan tepung jagung | dibancuh dendan sedikit air
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Sayur-sayuran dicelur seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berbau harum.
- Masukkan udang dan goreng seketika.
- Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
- Masukkan sayur-sayuran, serbuk perasa dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain udang, boleh juga menggunakan isi ayam, daging atau ikan bilis.
6. PAJERI TERUNG

BAHAN-BAHAN:
- 50 biji terung panjang | saiz sederhana kecil
- 1 kg santan pekat
- 1 paket sederhana besar rempah kari daging | bancuh dengan air menjadi pes
- 2 senduk kerisik
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 7 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 100gm udang kering | dibasuh dan direndam seketika
CARA MEMASAK:
- Terung dibuang pangkalnya dan dibelah dua. Rendam di dalam air.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar halus bersama rempah tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik.
- Kacau rata dan tambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. Masak hingga pekat dan terung lembut.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Terung perlu direndam air bagi mengelakkan ia menjadi lebam.

