Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese

Share

Kek lapis oreo cheddar cream cheese ini sangat sedap. Ada rasa lemak keju yang digabungkan dengan oreo. Dapat bayangkan tak? Anak-anak gerenti suka.

Bolehlah buat untuk anak-anak cuti sekolah ini. Tentu mereka suka. Dapatlah mereka makan puas-puas. Kalau beli, harganya boleh tahan mahalnya.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Azizah Mansor Shaipol Hanizam

(Resipi asal daripada youtube Dapur Kitak).

Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese

Bahan-bahan:

500gm mentega – boleh beli online di sini

1 sudu besar ovellete – boleh beli online di sini

3 sudu besar gula halus – boleh beli online di sini

250gm cream cheese 

10 biji telur gred A

Setin susu pekat manis – boleh beli online di sini

1 sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini

100gm tepung aiskrim vanila

350gm tepung hongkong/pau (saya guna superfine) 

1 bungkus oreo (dihancurkan)

250gm cheddar cheese (parut) 

75ml pewarna putih

Cara Memasak:

Pukul mentega, gula halus dan ovellete dengan kelajuan tinggi sehingga adunan gebu dan bertukar menjadi putih pucat.

Masukkan cream cheese. Putar sebati. Masukkan telur satu persatu. Gaul lagi.

Tambah esen vanila, susu pekat dan tepung aiskrim vanila. Putar sehingga adunan sebati tidak berketul.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit, jangan masukkan sekali gus. Bila masukkan sedikit tepung, putar. Kemudian masukkan lagi dan putar sebati lagi. Ulangi langkah hingga tepung habis. Setelah itu, masukkan pewarna putih. Putar biar rata.

Panaskan oven 10 minit suhu 180°. Lapisan pertama guna api atas bawah, bakar 10 minit suhu 180°. Letak loyang pada rak tengah. 180g setiap lapisan. Ratakan adunan dalam loyang yang telah dialas, tabur cheddar cheese dan oreo hancur.

Untuk lapisan kedua dan sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar 8 minit suhu 150°C. Letak loyang di rak bawah sekali. Jangan lupa tekan-tekan kek sebelum melapis lapisan baru. Ulang langkah sama sehingga adunan habis.

Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa