Kek Lapis Oreo Dengan Biskut Crackers. Tanpa Tepung,Telur,Mentega & Oven

Share

Masa mula semak resipi ni, terkejut juga tanpa tepung, tanpa telur, mentega dan oven. Biar betul , bahan-bahannya dilumatkan dan dikukus. Dahlah mudah resipinya jimat ramuan dengan kos paling murah

Sesuai sangat dibuat masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, resipi jimat bahan dapur.

Resipi perkongsian Fatin Damia di laman facebooknya memang cukup menarik. Yang penting sedap dimakan, dengan belanja yang sangat minima. Jom tengok cuba…

KEK LAPIS OREO DENGAN BISKUT CRACKERS

BAHAN-BAHAN :

Bahan lapisan Oreo :
2 bungkus Oreo
250ml susu penuh krim

Bahan lapisan Crackers :


250gm biskut cream crackers
250ml susu penuh krim

CARA MEMBUAT :
1. Dalam satu bekas hancur dan lumatkan biskut Oreo dan gaulkan dengan susu penuh krim.


2. Dalam satu bekas lagi hancur dan lumatkan biskut Cream Cracker dengan susu.
3. Buat lapisan demi lapisan, setiap lapisan kukus lima minit
4. Sejukkan sebelum dipotong

Jom ajak anak ke dapur, tu tengah boring tu.

Kredit foto & resipi : Fatin Damia
#kakakcantik

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

 

Published by
Faridah Talib