Kalau waktu zaman kanak-kanak dulu mesti korang biasa makan kepingan asam hawflakes ni. Satu memang tak cukup buat ketagih nak makan. Rasanya yang masam dan manis enak dijadikan bahan dalam kek asam manis.Sepotong kek ni pasti tak cukup, mesti nak menikmatinya lagi.
KEK ASAM MANIS
Bahan-bahan:
1 sudu besar ovellate -BELI ONLINE DI SINI
180g gula kastor
500g marjerin/mentega
10 biji telur
200g tepung gandum/tepung pau
100g Horlicks *diayak bersama tepung
170g kaya
5 sudu besar susu pekat -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Pewarna pilihan -BELI ONLINE DI SINI
Perisa pilihan
Haw flakes plums
ADUNAN HIJAU
perisa horlicks+pandan
ADUNAN KUNING
perisa asli horlicks+hawflakes plums
ADUNAN MERAH JAMBU
perisa horlicks+strawberi
CARA MEMASAK:
1)Pukul marjerin+gula+ovellete sampai kembang putih dan ringan.Perlahankan mixer,masukkan telur satu demi satu sampai habis sambil putar sehingga sebati.
2)Masukkan kaya,susu pekat dan esen vanilla.Dah nampak adunan licin,masukkan tepung+horlicks sedikit demi sedikit,putar pada kelajuan perlahan sahaja cukup untuk digaul sebati.
3)Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan(guna penimbang & calculator).*Jika tiada penimbang boleh gunakan senduk/cawan untuk dapatkan bahagian sama rata.
Kemudian setiap mangkuk adunan,bahagikan lagi kepada 3 bahagian.
4.Bakar pada 160°c (ikut kesesuaian suhu oven masing-masing)Kawal suhu oven mengikut keadaan kek,adakalanya perlu diturunkan suhu untuk mengelakkan hangus atau untuk pastikan adunan kek masak sekata.
Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
ANDA MAHU MENUKAR OVEN BARU, BOLEH BELI DI SINI.
Kek Coklat Kukus Moist Sukat Guna Cawan. Lembut Dan Gerenti Jadi!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Begini Cara Memasaknya
Bagi peminat sajian Kari Ayam yang pekat, pasti tercari-cari resipi yang mudah dan enak untuk dicuba. Jangan risau kerana saudara Khabbab Jamalludin ada kongsikan resipi Kari Ayam kuah pekat yang boleh anda cuba. Pasti kena dengan selera semua. Enaknya…Selain dimakan bersama nasi, ia juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng bahkan Roti Jala juga sesuai. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KARI AYAM KUAH PEKAT LIKAT YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam bersaiz besar (anggaran 2 kg) – dipotong kecil
Minyak masak
Ubi kentang – direbus
Garam secukup rasa
Gula melaka secukupnya – beli online disini
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – dihiris
1-2 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 sudu makan cili kisar
4 batang serai – diketuk
2 biji tomato – dipotong kecil
Air
250gm serbuk kari kari ayam/daging Baba’s – beli online disini
25gm serbuk kari masak merah Cap O – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ayam yang telah dipotong kecil dengan sedikit serbuk rempah kari. Gaul manja sahaja setakat untuk ada warna kekuningan sedikit.
2. Serbuk kari digabungkan 2 jenis rempah ini : Kari Ayam/Daging Baba’s : 250g (tolak sikit sebab guna untuk lumur ayam tadi) dan Serbuk Kari Masak Merah Cap O 25g. Ini rempah dia ada macam manis sikit. Serbuk kari digabungkan dan dicampurkan air sampai jadi pes.
3. Panaskan minyak masak. Tidak perlu banyak, sekadar separuh ketinggian potongan ayam sahaja. Goreng sekejap ayam yang diperap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah.
4. Jangan lama sangat nanti air ayam kering & rempah kari kurang meresap bila masukkan dalam kuah nanti. Angkat dan ketepikan.
5. Dengan guna minyak gorengan ayam, tumis bawang hingga kekuningan menggunakan api besar.
6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi.
7. Masukkan campuran serbuk kari yang sudah dijadikan pes tadi. Perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari mulai hilang dan mula berbuih buih. Biar hingga pecah minyak.
8. Lepas pecah minyak sikit, masukkan ayam yang digoreng sedikit tadi. Tambahkan juga air. Sukatannya tidak banyak. Cukup sekadar sampai tenggelam potongan ayam tadi.
9. Masukkan tomato, serai, dan ubi kentang dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Aduk aduk bila perlu.
10. Bila kuah sudah sebati, tambahkan garam dan gula melaka mengikut citarasa masing masing.
11. Kari Ayam kaw sedia untuk diikmati bersama potong rori beggali atau nasi. Selamat mencuba.
Tip: Untuk memudahkan tumisan pecah minyak adalah perlu guna minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti.
Kredit resipi & foto: Khabbab Jamalludin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Guna Banyak Bawang Goreng, Ini Rahsia Daging Masak Hitam Jadi Lebih Sedap
Kulit Rangup, Inti Enak. Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap
Resipi Daging Dendeng Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Kg Daging.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam Masam Manis Sempoi Versi Ringkas & Mudah. Menyelerakan.
Lauk paling sempoi serta masam dan manis sesuai dengan selera satu keluarga. Sangat mudah ayam digoreng garing, tumis bahan-bahan dihiris, kacau sebati dengan sos cili dan sos tiram.
Memang tak jemu makan, sajian tanpa santan yang cukup sedap .
AYAM MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- Seekor ayam
- 3 ulas bawang merah sebesar penumbuk bayi
- 1 labu bawang putih (kalau tidak suka letak sedikit sahaja)
- 2 inci halia (letak seinci pun boleh mengikut selera)
- 2 sudu makan sos tiram
- Secawan sos cili (agak-agak ikut citarasa anda)
- Cili besar dan bawang Holland untuk hiasan
- Secawan air
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dengan garam kunyit selama 15-30 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang semuanya dimayang sahaja dalam minyak gorengan ayam.
4. Setelah naik bau boleh masukkan sos tiram dan Sos cili. Diikuti dengan secawan air.
5. Gaul sebati tunggu sampai menggelegak.
6. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7. Dengan api sederhana, sesekali kacau ayam supaya tidak hangit bahagian bawah.
8. Bila kuah sudah kering, masukkan garam dan gaul rata. Kemudian masukkan cili hijau dan bawang Holland.
9. Bila cili dan bawang sudah layu matikan api. Siap.
INFO: Jika suka boleh tambahkan air asam jawa.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK DENGAN TAWARAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Melati Desa
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
DAN JUGA RESIPI INI :
10 Resipi Paling Sedap Masak Guna Ikan Segar. Terasa Lembut & Manis Isinya!
Ikan segar memang enak dimasak dengan pelbagai cara. Lembut, manis dan lemak! Kata orang, lauk pauk berasaskan ikan segar ni memang tidak pernah jemu untuk dinikmati. Bahkan, memang terkenal sejak zaman berzaman. Daripada yang ringkas penyediaannya seperti asam rebus, sehinggalah asam pedas dan rendang yang agak rumit penyediaannya. Yang pasti, ia pasti dapat memikat selera semua orang. Jom cuba!
1. IKAN TAUHU MASAK KUKUS TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan tauhu saiz sederhana
- 1 labu bawang Holland }mayang
- 5 ulas bawang putih
- 5cm halia
- 1 batang lobak merah }racik halus
- 5-8 biji cili padi ]ketuk
- 1 biji cili hijau ] belah empat
- Aluminium foil secukupnya
- Daun pisang secukupnya
BAHAN UNTUK SOS TAUCU:
- 15gm taucu
- 50ml air
- 15gm minyak masak
- 15gm sos tiram
- 10gm kicap cair
- 10gm gula
- 10gm jus limau
CARA MEMASAK:
- Sediakan dan panaskan periuk pengukus. Ketepikan.
- Satukan semua bahan sos dan gaul sebati. Ketepikan.
- Ambil sekeping aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Masukkan ikan di tengah-tengahnya.
- Siram sos ke atas ikan siakap.
- Masukkan hirisan bawang Holland, bawang putih, halia, hirisan lobak merah, cili padi dan cili hijau.
- Bungkus ikan dan kukus selama 20-25 minit.
- Angkat dan sedia dinikmati.
2. PARI ASAM PEDAS DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan pari ]bersihkan
- 10 biji bendi ]bersihkan dan buang bahagian bawahnya
- 1 biji tomato ] belah empat
- 5 tangkai daun kesum
- 100ml air asam jawa
- 700ml air
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam/serbuk perasa secukupnya
BAHAN (KISAR):
- 20 biji cili kering
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2.5cm belacan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
- Masukkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
- Masukkan pula kacang bendi, daun kesum, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sekitar tiga minit.
- Masukkan pula ikan pari dan biar ia masak dan kuah mereneh.
- Tutup api dan masukkan buah tomato.
- Angkat dan sedia dinikmati
3. PATIN TEMPOYAK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan patin saiz sederhana ] cuci dan potong tiga atau empat
- 50gm tempoyak
- 1 keping asam gelugur
- 350ml air
- 3 tangkai daun kesum
- 1 batang bunga katan ]belah empat
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 biji cili padi
- 2.5cm kunyit hidup
- 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan kisar dengan tempoyak. Gaul rata dan ketepikan.
- Dalam sebuah periuk, masukkan air dan masukkan bahan kisar dan tempoyak yang telah disatukan tadi. Biar ia masak.
- Apabila mendidih, masukkan daun kesum, asam gelugur, bunga kantan, garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Kemudian masukkan ikan patin tadi. Biarkan ia mereneh selama lebih kurang 10 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Berhati-hati memilih tempoyak kerana boleh mempengaruhi rasa masakan jika tempoyak itu sudah lama.
4. KERISI MASAK PINDANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan kerisi merah ]bersihkan
- 1 batang serai ]ketuk
- ½ labu bawang besar ]mayang halus
- 2 ulas bawang putih ]mayang
- 2.5cm halia ]hiris bulat kasar
- 2-3 biji cili padi ]ketuk
- 1 batang bunga kantan ]belah empat
- 2 keping asam gelugur
- 500ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali ikan.
- Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Biarkan seketika. Tutup api dan masukkan tomato.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah sedikit kunyit hidup untuk mencantikkan warna masakan.
5. KARI IKAN TUNA MARUNGAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan tuna saiz sederhana ] potong tiga
- Setangkai daun kari
- 350gm santan
- 2 batang kacang marungai ] potong
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20gm rempah kari
- 15gm bawang merah
- 10gm bawang putih
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan kesemua bahan kisar sehingga garing dan terbit wangi.
- Masukkan santan, daun kari dan kacang marungai. Kacau sekata dan biarkan hingga mendidih.
- Masukkan pula ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan biar ia mereneh.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Marungai juga dikenali sebagai kacang kelo.
6. KARI IKAN TALANG DENGAN TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tulang ikan masin talang
- 200gm isi ikan masin talang
- Daun kari secukupnya
- 350ml santan
- 2 biji terung panjang ]belah dua
BAHAN KISAR:
- 1 paket rempah kari
- 1 labu bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili kering
- 125ml air
CARA MEMASAK:
- Ikan masin dibersihkan dan rendam di dalam air sekitar 10-15 minit untuk mengurangkan rasa masin. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam periuk. Apabila minyak panas, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan garing.
- Masukkan daun kari dan terung. Gaul sekata.
- Apabila terung empuk, masukkan ikan masin dan biarkan sekitar lima minit.
- Masukkan pula santan. Kacau supaya sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Tak perlu tambah garam kerana masakan sudah masin.
7. ASAM REBUS KEMBUNG BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan kembung ]bersihkan
- 10 biji belimbing buluh
- 1 biji cili hijau ] belah empat
- 5 biji cili padi ]ketuk
- 2cm kunyit hidup ]tumbuk
- 2 ulas bawang merah ]tumbuk
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai ]ketuk
- 1 helai daun kunyit ]carik-carik
- 1 biji tomato ]belah enam
- Garam secukupnya
- 500ml air
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar, asam keping, daun kunyit, serai, asam gelugur dan bahan lain. Kacau dan biarkan ia mendidih.
- Masukkan ikan dan biar seketika hingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan tomato.
- Angkat dan sedia dimakan bersama nasi putih panas.
Info chef: jika hendak lebih masam, boleh tambah asam gelugur lebih.
8. RENDANG IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping isi ikan tenggiri
- 1 batang serai ]ketuk
- 50ml santan pekat
- 1 helai daun kunyit ]racik halus
- 15gm kerisik
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 10gm jintan manis
- 10gm jintan putih
- 10gm ketumbar
- 10 tangkai cili kering
- 1 labu bawang besar
- 15gm bawang putih
- 10gm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak panas, tumis semua bahan yang telah dikisar hingga terbit wangi.
- Biarkan sehingga agak pekat barulah masukkan santan, kerisik, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Masukkan daun kunyit, serai dan ikan tenggiri.
- Biar seketika sekitar 10 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
9. BOTOK IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan tenggiri
- 15 gula Melaka
- 15gm asam jawa ]ambil air
- 10gm air perahan limau kasturi
- Garam secukupnya
- Daun pisang ]dilayur
- Pencungkil gigi
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 tangkai cili kering
- 50gm kelapa parut
- 9 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2.5cm kunyit hidup
- 2.5cm lengkuas
- 4 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 sudu teh serbuk kari
BAHAN HIRISAN:
- Daun kunyit, daun kesum, daun kaduk, ulam raja, pucuk mengkudu dan daun selasih secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Masukkan gula Melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan masak hingga ia pekat. Ketepikan.
- Ambil daun pisang, lapiskan dengan aneka daun yang telah dihiris tadi seperti daun kunyit, daun kesum, daun kaduk, ulam raja, pucuk mengkudu dan daun selasih.
- Setelah itu masukkan isi ikan di atasnya.
- Tuang bahan yang siap ditumis tadi ke atas ikan dengan rata.
- Tuang jus limau di atasnya. Balut rapi dan sematkan dengan pencungkil gigi. Ulangi proses hingga habis.
- Masukkan ke dalam periuk pengukus yang terlebih dahulu sudah disediakan.
- Kukus sekitar 10-15 minit.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Hirisan daun yang pelbagai jenis itu menambah aroma dan kesedapan hidangan ini.
10. SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping isi ikan merah ]bersihkan
- 5cm halia ]hiris nipis
- 1 ulas bawang putih ]mayang
- 2 ulas bawang merah ]mayang
- 350gm labu air ]dadu besar
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 kiub pati ikan bilis
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 biji lada putih ]hancurkan
- 2 biji buah pelaga
- 1 biji bunga lawang
- 400ml air
- Sedikit daun sup dan daun bawang ]hiris
- Sedikit bawang goreng
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada putih hingga terbit wangi.
- Masukkan labu air bersama air, sos ikan, hirisan halia dan kiub pati bilis. Biarkan ia mendidih. Kacau perlahan-lahan.
- Masukkan isi ikan dan biarkan ia mereneh sekitar lima minit. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
- Taburkan daun sup dan daun bawang yang dihiris serta bawang goreng.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah cili padi yang diketuk jika mahu rasa lebih pedas.