Rasanya ramai dah tak sabar nak balik ke kampung kan apabila Perdana Menteri mengumumkan yang kita sudah boleh merentas negeri bermula hari ini. Tapi, balik kampung tu ada bawa buah tangan tak? Jika anda tak tahu nak bawa buah tangan apa, kami cadangkan anda cuba buat kek lemon butter cheese oren ini. Pastinya gabungan rasa di dalam kek ini tersangatlah sedap tatkala dinikmati bersama yang tersayang. Resipi ini dikongsi oleh Zee Basir. Selamat mencuba!

KEK LEMON BUTTER CHEESE OREN EMULCO

Kek Lemon Butter Cheese Oren, Gabungan Rasa Yang Cukup Sempurna

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 buku/ketul buttercup *
  • 5 biji telur gred b
  • 1 cawan gula kastor + setengah cwn klau nak manis lagi *
  • 1/2 cawan susu segar (7 sudu besar)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 150 gram cheese tatura atau 100 gm pun boleh *
  • 1 sudu teh esen vanila *
  • 2 sudu besar pati oren emulco
  • 1 sudu besar pati oren sunquick – beli online disini
  • 1 sudu besar parutan kulit luar lemon
  • 1 cawan setengah tepung kek self rising diayak bersama 1 cawan tepung gandum (2 x diayak ya)

Kek Lemon Butter Cheese Oren, Gabungan Rasa Yang Cukup Sempurna

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda * sehingga kembang dan gebu. Mula mix secara perlahan seterusnya laju sehingga gebu.

2. Kemudian, masukkan dua jenis susu tadi. Sebatikan dan mix perlahan-lahan.

3. Masukkan telur satu demi satu selang 3 hingga 4 saat.

IKLAN

4. Masukkan separuh tepun gandum berselang seli dengan parutan kulit lemon dengan pukulan perlahan sahaja.

5. Matikan mix dan tambah tepung yang selebihnya tadi, kaup balik dengan spatula/senduk sahaja.

6. Sapu butter pada acuan loyang dan lapik dengan baking paper.

7. Tuang adunan ke dalam acuan tadi.

 

Kek Lemon Butter Cheese Oren, Gabungan Rasa Yang Cukup Sempurna

IKLAN

 

8. Panaskan oven 5 minit dahulu dengan suhu 180c.

Kek Lemon Butter Cheese Oren, Gabungan Rasa Yang Cukup Sempurna

 

9. Kemudian, turunkan suhu pada 170c dan bakar kek selama 45 minit api atas bawah.

IKLAN

Kek Lemon Butter Cheese Oren, Gabungan Rasa Yang Cukup Sempurna

 

10. Sementara nak tunggu oven panas, bolehlah dekor atas kek dengan hirisan buah jika suka.

Kek Lemon Butter Cheese Oren, Gabungan Rasa Yang Cukup Sempurna

Kek Lemon Butter Cheese Oren, Gabungan Rasa Yang Cukup Sempurna

 

Kredit Resipi & Foto: Zee Basir

Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI