Kek lemon butter cheese oren, haa tu dia kek mentega keju berasa lemon dan oren. Berganda rasa zest dua buah citrus ni.

Paling best kek ni lembut dan senang mencair dalam mulut.Kek mentega plus keju memang super sedap lah kan Jom cuba resipi inovatif dan kreatif dari ZeeBasir ni.

KEK LEMON BUTTER CHEESE OREN

Kek Lemon Butter Cheese Oren,  Zest Berganda & Cair Di Mulut

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 1 buku/ketul mentega *
  • 5 biji telur gred b
  • 1 cawan gula kastor + setengah cwn kalau nak manis lagi *
  • 1/2 cawan susu segar (7 sudu besar)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 150 gm cheese tatura atau 100 gm pun boleh *
  • 1 sudu teh esen vanila *
  • 2 sudu besar pati oren emulco
  • 1 sudu besar pati oren sunquick
  • 1 sudu besar parutan kulit luar lemon
  •    1 cawan setengah tepung kek self rising diayak bersama 1 cawan tepung     gandum.- (2 x diayak ya.)

CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda * pukul sampai kembang dan gebu.
2. Mula-mula pukul perlahan dalam mixer seterusnya laju sampai gebu.
3. Kemudian masukkan dua jenis susu tadi, sebatikan perlahankan kelajuan dan masukkan telur satu persatu, selang tiga hingga empat saat.
4. Masukkan separuh dulu tepung gandum berselang seli dengan parutan kulit lemon tadi dngan pukulan slow je…mati kan mixer dan tambah tepung yg selebihnya tadi kaup balik dengan spatula/senduk sahaja.
5.Sapu mentega pada acuan loyang dan lapik dngan baking paper. Tuang adunan ke dalam acuan tadi.

Kek Lemon Butter Cheese Oren,  Zest Berganda & Cair Di Mulut
6.Panaskan oven 5 minit dulu suhu 180c. Kemudian turun kan suhu 170c. Bakar selama 45 minit api atas bawah.
7.Sementara nak tunggu oven tu panas, boleh hiaskan kek tu dngan hirisan buah lemon jika suka

IKLAN

Kredit: ZeeBasir

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

IKLAN

ATAU JUGA RESIPI INI :

 

Kek Buah, Kek Orang Lama Yang Sangat Premium

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI