Kek lobak merah antara kek yang mendapat perhatian selain daripada red velvet kalau di kedai kek.
Dan tahukah anda, menurut pakar pemakanan, kek ini meningkatkan warna kulit dan memberi kesan positif terhadap fungsi jantung.
Rasa kek lobak merah ini lemak-lemak dan ada sedikit rasa masam, memang bertambah sedap dengan dihiasi topping karamel dan cream cheese.
Jom kita cuba resipi kek lobak merah karamel daripada Keroroyz Royz.
CARAMEL CARROT CAKE
BAHAN KEK:
125g tepung gandum * (1 cup) – beli online di sini
3 sudu besar tepung naik sendiri/tepung kek* – beli online di sini
3g baking powder * (½ sudu teh) – beli online di sini
5g baking soda * (1 sudu teh)
3g serbuk kayu manis * (½ sudu teh) – beli online di sini
2g serbuk puah pala* (jika suka) ¼ sudu teh
175g lobak merah | diparut – beli online di sini
3 biji telur gred A
120g gula perang (2/3 cup) – beli online di sini
135g minyak jagung (1/2 cup + 1/4 cup) – beli online di sini
1 sudu teh vanilla essence
½ cup pecan/walnut | dibakar & cincang kasar
TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live
BAHAN SOS KARAMEL:
100g gula – beli online di sini
30ml air
60g whipping cream
15g unsalted butter (suhu bilik)
1 sudu teh vanilla essence
3g garam
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN CHEESE FROSTING:
250g cream cheese (suhu bilik)
150ml whipping cream
30g icing sugar – beli online di sini
40g sos karamel (cara buat di bawah)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN HIASAN:
Baki sos karamel & pecan/walnut cincang
CARA MEMBUAT CARROT CAKE:
1. Panaskan ketuhar 170C. Sapu dan alas dengan baking paper. Saya guna round baking tin size 7 inci.
2. Guna mixer, pukul telur dan gula hingga creamy dan berwarna terang. Masukkn esen vanila dan minyak jagung dan pukul hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam baking tin. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam hingga masak. Setelah keluarkan dari ketuhar, biarkan 30 minit. Kemudian keluarkan kek dari baking tin dan biarkan sejuk di atas cooling rack. (Kalau guna 2 baking tin, 160C 35 minit)
CARA MEMBUAT SOS KARAMEL:
1. Masukkan gula dan air dalam periuk. Gunakan api sederhana. Biarkan gula menjadi perang tanpa perlu dikacau.
2. Setelah perang kecoklatan, alihkan periuk dari dapur dan masukkan krim. Kacau sebati menggunakan sudip kayu. Campuran ini akan berbuih meletup-letup kecil.
3. Masak semula lebih kurang 1 minit sambil kacau tanpa henti hingga nampak smoothly.
4. Alihkan dari dapur. Masukkan mentega dan garam. Kacau sebati dan sejukkan dalam jar kecil. Sos karamel ni tahan sehingga 2 bulan dalam peti sejuk.
CARA MEMBUAT CHEESE FROSTING:
1. Pukul whipping cream hingga stiff peak. Simpan sekejap dalam peti sejuk.
2. Di dalam bekas lain pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan icing sugar dan sos karamel. Mix sebati.
3. Campurkan whipping cream tadi menggunakan spatula dengan cara kaup balik hingga adunan sebati.
CARA NAK SATUKAN KEK:
1. Potong kek carrot menjadi 2 bahagian. Letak sekeping di atas serving plate. Sapukan dengan cheese frosting. Letak 2nd layer. Sapukan baki cheese frosting meliputi keseluruhan kek. Sejukkan 2 jam.
2. Sebelum serving, tuang di bahagian atas kek dengan baki sos karamel dan biarkan ia meleleh ke bahagian tepi. Hias dengan pecan/walnut cincang.
Kredit resipi: Keroroyz Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official