Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil. Gabungan kek butter, strawberi dan kelapa kering mencentuskan rasa enak yang hebat.
KEK MADELINE
BAHAN-BAHAN
- 5 biji telur gred A
- 1 cawan gula
- 1 cawan butter/marjerin
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 cawan tepung kek (kalau guna tepung gandum tambah 1 sudu kecil baking powder)
- Jem strawberi
- Kelapa kering
CARA MEMASAK:
- Satukan gula dan butter. Pukul sampai kembang
- Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati
- Selepas itu masukkan tepung dan kacau sebati
- Masukkan adunan dalam acuan madelin
- Bakar suhu 175c dalam masa 25 minit
- Bila sudah masak, sapukan jem strawberi dan golekkan dengan kelapa kering
Kredit: Siti Shuhaidah Samsudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Span Tanpa Oven Mudah Buat
Hati teringin nak masak kek buatan sendiri. Kadangkala bila beli tak dapat sebagaimana rasa yang kita inginkan. Terlebih manis dan sebagainya. Ini min kongsi cara mudah buat kek span tanpa guna oven. Korang pasti teruja nak buat.
Resipi kek pandan span
5 biji (blend sehingga gebu)
Secawan gula halus
1 sudu kecil Pewarna hijau
1 sudu kecil penuh Ovelete
Bahan B (ayak sama)
2cawan gandum
1sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
Bahan C
Setengah cawan minyak
Secawan air masak pandan(bukan panas)
Cara memasak:
1.Ambil bahan blend masukkan ke dalam bekas bahan B dan kacau sebati (kacau manja secara manual saja)
2.Kemudian masukkan minyak kacau sikit then masukkan air kacau sebati “adunan mcm cair tak pekat”.
3.Masukkan ke dalam loyang (sapu minyak sikit supaya kek xmelekat bila dah masak nanti) dan kukus atau bakar sehingga masak (40 minit)
Kredit resepi: asieyaa asr
Biskut Sarang Semut Biskut Raya Legend, Cair Di Mulut…
Puasa dah dekat. Masa ni mak-mak dah mula membelek buku resipi biskut raya kan. Dalam mencari biskut moden biskut lama jangan dilupa. Bagi min biskut Sarang Semut suatu ketika dulu dah dianggap cukup moden dah. Biskut ni dibuat dari tiga jenis tepung iaitu gandum , kastad dan tepung jagung.
Tapi kini dengan pelbagai biskut moden dengan nama omputih yang canggih, biskut ni dah jadi biskut raya penuh nostalgia. Min sukakan teksturnya yang rapuh, dan bila dimakan cair dimulut. Wowww…memang sedap lah. Jom kita cuba resipi perkongsian di laman FB: Resepi Biskut Raya Sedap.
BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN :
- 250gm mentega
- 100gm gula halus
- 350gm tepung gandum ( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )
- 100gm tepung kastard ( Mas ikut Noorsha tambah )
- 100gm tepung jagung
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
Bahan Hiasan :
- sedikit coklat rice
- sedikit manik gula kecil ( warna warni )
- secukupnya paper cup kecil
CARA MEMASAK ::
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam cawan kertas.
5.Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit )
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi : Kak Hanieliza
Sumber : Noorsha
FB :Resepi Biskut Raya Sedap
Resipi Kek Keju Leleh Pandan Paling Sedap & Dijamin Menjadi. Tak Perlu Bakar Pun!
Kek Pandan gebu yang dinikmati bersama krim dan parutan keju. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.
KEK KUKUS PANDAN
BAHAN A:
- 3 biji telur
- 1 sudu makan ovalette
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh pes pandan
- Pewarna hijau epal secukupnya
BAHAN B:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh cream tartar
- 1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan-bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu.
- Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream tartar.
- Sebatikan adunan menggunakan spatula atau senduk sehingga sekata.
- Seterusnya masukkan minyak masak. Kacau lagi hingga adunan menjadi licin berkilat.
- Tuang adunan kek ke dalam bekas dan kukus menggunakan api besar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
- Angkat dan sejukkan.
BAHAN CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm krim keju
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan krim putar ( whipping cream)
- 1 cawan susu segar
HIASAN:
- 1 buku keju cheddar – diparut
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan pukul hingga tidak berketul.
- Tuang adunan krim keju ke atas kek yang siap dikukus dan disejukkan seketika.
- Tambah parutan keju cheddar dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ummydarwisha Mansor