Kek Madeline Rasa Mentega, Strawberi & Kelapa Kering…Gabungan Yang Sungguh Enak

Share

Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil. Gabungan kek butter, strawberi dan kelapa kering mencetuskan rasa enak yang hebat.

KEK MADELINE



BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan butter/marjerin
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 cawan tepung kek (kalau guna tepung gandum tambah 1 sudu kecil baking powder)
  • Jem strawberi
  • Kelapa kering

CARA MEMASAK:

  1. Satukan gula dan butter. Pukul sampai kembang
  2. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati
  3. Selepas itu masukkan tepung dan kacau sebati
  4. Masukkan adunan dalam acuan madelin
  5. Bakar suhu 175c dalam masa 25 minit
  6. Bila sudah masak, sapukan jem strawberi dan golekkan dengan kelapa kering

Kredit: Siti Shuhaidah Samsudin

Published by
Faridah Talib