Selepas makan malam, tekak teringin pemanis mulut pula. Dapat makan kek dengan lelehan cheese memang puas makan. Kombinasi mangga dan cheese memang tak muak makan. Simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.
KEK MANGGA CHEESE
1 sudu besar ovalette-beli online di sini
3/4 gula halus
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla-beli online di sini
2 sudu besar kordial mangga
1 sudu teh pewarna lemon yellow
1/2 cawan minyak jagung-beli online di sini
1/2 susu full cream
2 cawan tepung naik sendiri-beli online di sini
Cara membuat:
1.Mix ovallete, gula dan telur sampai kembang gebu.
2.Masukkan susu full cream, minyak jagung, esen vanilla, pewarna makanan (lemon yellow) dan kordial,mix sampai sebati.
3.Kemudian masukkan tepung naik sendiri dan mix sampai sebati.
4.Kukus kek 15 minit-20 minit
Topping Cream Cheese Leleh:
250 gram cream cheese
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu full cream
1/4 cawan susu pekat (suka manis boleh + susu pekat)
Cara membuat:
1.Mix kesemua bahan.
2.Hiaskan dengan potongan mangga dan filling mangga.
Kredit: Ummu Yusuf
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official