Korang dah ada plan apa nak buat hujung minggu nanti? Kalau belum ada, jom try buat kek ni.
BAHAN-BAHAN KEK
3/4 cawan gula halus
3 bji telur ayam gred A
1 sudu besar ovelatte
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu cair
1 penutup pewarna kuning
1 sudu kecil vanilla
2 cawan tepung gandum
1 suka kecil baking powder
CARA MEMBUAT KEK
1. Mixer gula halus, telur ayam dan ovelatte sampai kembang gebu serta berwarna putih.
2. Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna kuning dan vanilla.
3. Mixer semua sampai sebati.
4. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Mixer sekejap sahaja.
5. Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.
6. Kukus kek 30 minit dengan api sederhana dan pastikan air mendidih sebelum mengukus. Tutup atas loyang dengan aluminium foil.
BAHAN CREAM CHEESE
250 gram cream cheese Tatura
1/4 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan krim putar
CARA MEMBUAT CREAM CHEESE
1. Mixer cream cheese dan susu cair atau susu segar sehingga kembang.
2. Masukkan krim putar dan putar sehingga gebu.
BAHAN MANGGA
2 biji mangga
2 sudu besar gula
CARA MENYEDIAKAN MANGGA
1. Kisar mangga dan gula sampai halus sehingga jadi puri.
2. 1 biji mangga lagi dipotong-potong kiub.
CARA PENYEDIAAN
1. Selepas kek masak, tunggu kek sejuk. Kemudian potong kek kepada 2 lapisan.
2. Lapiskan kek dengan cream cheese.
3. Parutkan keju cheddar di atas kek.
4. Letakkan kiub mangga.
5. Letakkan mangga kisar.
6. Selamat menjamu selera.
Resipi Oleh Pakcu Kek