Sedapnya Kek Marble Jelita Ayu ni. Nampak sangat gebu. Kalau buat untuk minum petang, memang best. Bagi anda yang tercari-cari resipi kek yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang terbaik. Cubalah. Istimewa resipi ni boleh dimasak dengan tiga cara iaitu bakar ( bahagian atas nampak cantik, bakar biasa dan kukus.
CARA MASAK KEK MARBLE JELITA AYU
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur (gred B)
1 1/4 cawan gula kastor
1 cawan mentega
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu makan ovallete
1sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
4 sudu makan susu pekat
5 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan menjadi putih.
2. Pastikan adunan jadi putih macam ni. Gebu je teksturnya.
3. Masukkan ovalette, telur dan esen vanilla sekaligus. Boleh juga masukkan telur satu persatu.
4. Pukul hingga sebati dan adunan jadi licin serta tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlampau cair pula.
5. Kemudian ayak tepung naik sendiri, soda bikarbonat, baking powder dan cream of tartar. Campur sebati. Jika nak adun tepung sedikit demi sedikit masa mengadun adunan pun boleh.
6. Bila adunan sebati, masukkan susu pekat manis dan susu segar.
7. Pukul lagi hingga adunan sebati dan licin seperti tekstur dalam gambar.
Ads
8. Bahagikan adunan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti sama banyak dan 1 bekas lagi kuantitinya lebih sedikit.
9. Tambahkan pewarna ilihan pada ketiga-tiga bekas. Satu bekas ( kuantiti banyak) dibiarkan tanpa warna.
10. Ambil loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper dan oles sekeliling loyang dengan mentega atau marjerin. Kemudian tuang adunan berwarna secara berselang seli.
11. Lorek guna lidi mengikut kreativiti masing-masing.
12. Tuang pula adunan kosong diatas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Tinggalkan sedikit adunan untuk membuat corak di bahagian atas.
Ads
13. Warnakan lebihan adunan tadi dengan beberapa warna. Warna mestilah lebih terang berbanding warna di bahagian bawah.
14. Lorek ikut kreativiti masing-masing. Bakar kek pada suhu 130C selama 1 jam 20 minit. Letak di bahagian tray paling bawah. Selepas bakar kek selama 45 minit, letak aluminium foil di atas loyang supaya permukaan atas kek tidak hangit.
15. Bila kek dah masak, terbalikkan atas redai. Penting supaya kek tidak mendap.
16. Lepas 5 -10 minit, betulkan kembali kedudukan kek.
17. Hasil kek yang telah siap dimasak. Sangat sedap dan gebu.
Ads
Ada 3 Tips Cara Bakar atau Kukus
1. Bakar (Warna atas nampak cantik)
130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.
2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.
3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.
Kuih gunting dan buah rotan, ni dia dua kudapan tradisional yang sedap dikunyah di musim syawal ini. Mengunyahnya memang krap krup lah bunyinya.
Jom buat ikut resipi dari Farisha Sofea dan Fatin Damia ni. Tambah aje kudapan dan snek raya yang sedap ni.
KUIH BUAH ROTAN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : 1 cawan santan 1/2 cawan gula 1/2 sudu teh garam halus
Bahan B : 1 1/2 cawan tepung pulut 2 sudu makan tepung gandum Sedikit air kapur
Bahan Lain : Minyak untuk menggoreng Biji bijan secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Satukan kesemua bahan A di dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga gula larut . 2. Sejukkan seketika. Di dalam bekas lain satukan pula bahan B dan kacau rata. 3. Tuangkan bahan A tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. 4. Sapukan minyak di telapak tangan, ambil sedikit doh dan bulatkan. 5. Kemudian golekkan doh ke dalam bijan sehingga bersalut rata. 6. Ulang hingga habis, sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana. 7. Setelah siap, gorengkan sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang
Kredit foto & resipi : Farisha Sofea
3. KEREPEK GUNTING MUDAH
.
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum
3 senduk minyak sayur panas
2 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan serbuk cili ( boleh gantikan dengan cili kering yang dimesin dengan bawang merah dan bawang putih jika suka)
Secubit garam
Air sejuk ais secukupnya
Daun kari secukupnya | dihiris nipis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung, garam, serbuk kari, serbuk cili dan tuang minyak panas ke dalamnya. Gaul sebati. 2. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli doh sampai tak melekat di jari. Masukkan juga daun kari yang dihiris nipis nipis ke dalam adunan. 3. Rehatkan doh 10 minit dan selepas itu canaikan doh nipis nipis dan potong memanjang dan lebarnya sesuai selera. 4. Goreng dalam api kecil sederhana sampai masak. Boleh masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan lagi bau wangi kerepek gunting.
Milo Dinosaur, Neslo, sirap bandung dan Horlicks merupakan perisa minuman yang amat dekat di hati penduduk Malaysia. Apabila di perantauan, kita pasti akan merindukan perisa-perisa ni kerana setiap satunya merupakan perisa kelahiran Malaysia. Hasil kreativiti rakyat Malaysia yang sentiasa inovatif mengolah resipi.
Sempena menyambut merdeka yang ke-63, The Nuttery mengetengahkan produk signature mereka, almond clusters, dengan gabungan keempat-empat perisa kegemaran Malaysia tersebut. Perisa-perisa ini bukan sahaja dapat mengembalikan kenangan nostalgia sewaktu kecil dulu tetapi dan juga menghargai citarasa rakyat Malaysia.
Bagi yang belum tahu apa itu almond clusters, resipinya menggunakan 100% kacang badam yang dipotong halus dan disaluti coklat premium. Nikmat kacang badam yang rangup bila digigit ditemani gabungan perisa coklat putih dan perisa-perisa lain. Tak terkata sedapnya.
The Nuttery hanya menyediakan perisa-perisa ini sewaktu bulan merdeka sahaja. Mereka ingin mengekalkan keistimewaan bulan ini dan buat pelanggan teruja untuk menanti edisi merdeka pada tahun akan datang. Mereka mungkin akan menambah perisa baru tahun depan. Tapi yang pastinya, empat perisa yang sedia ada akan dikekalkan kerana sudah terpaut di hati pelanggan yang membeli pada bulan ini.
Menurut kata pengasas The Nuttery, Datin Albita Tahir dan Khairina Khairiri, mereka hanya mengeluarkan stok terhad kepada 100 botol sahaja. Yang paling menyeronokkan, stok habis dalam masa seminggu. Permintaan pula masih tinggi setelah stok habis. Bukan sahaja yang belum merasa, yang dah merasa pun masih mahu membeli lagi. Tahun hadapan The Nuttery akan lebihkan stok untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Selain almond clusters, The Nuttery juga ada menawarkan blueberry muffin, brownies, double choc muffin, chicken & mushroom pie, dan banyak lagi. Buat yang berminat boleh kunjungi IG: @thenuttery_my
MAHU MEMBAKAR KEK DI CUTI MENJELANG KEMERDEKAAN INI, JOM LAYARINYA DI SINI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!