Kek Marble ni ramai yang kata ini kek dulu-dulu. Rasanya sedap dan lemak manis. Sekarang ramai yang memberi nafas baru pada kek marble dengan cara meletakkan susu. Walau apapun, kek ini tetap ramai peminatnya sejak dulu sampai sekarang.
KEK MARBLE KOKO LEMBUT
Ads
BAHAN-BAHAN
• 250 gram mentega
• 220 gram gula kastor
• 1 sudu besar esen vanila
• 1 sudu besar ovelette
• 4 biji telur ayam gred A
• 250 gram tepung gandum (ayak bersama 1 sudu kecil baking powder)
• 3 sudu besar susu segar.
• 2 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan sedikit air panas).
Ads
CARA MEMBUAT
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan ovellette. Putar lagi.
2. Masukkan telur ayam satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan semua sebati.
4. Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan warna kuning atau warna kesukaan.
5. Manakala untuk bahagian coklat masukkan bancuhan koko tadi.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapis mentega secara berselang-seli sehingga selesai.
7. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.
8. Apabila masak, terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
Bosan makan nasi atau mi, apa kata buat sesuatu yang ringkas je. Misalnya roti yang mudah disediakan. Kadang kita jadi blur tak tahu apa nak dihidangkan pada keluarga untuk sarapan atau minum petang. Jadi kalau korang nak sesuatu yang ringkas tapi sedap, jomlah try buat roti telur sardin ni.
ROTI TELUR SARDIN VIRAL
roti sardin fb.
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan. Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand, pasti akan jumpa menu ini. Selain dinikmati bersama mee segera, anda juga boleh menggunakan mee, bihun atau kuetiau. Sedap! Kuah sup yang panas ditambah pula dengan aneka ramuan serta lauk, menjadikan sajian Maggi Celup ini sangat enak dan mengenyangkan. Lebih padu lagi jika dimakan semasa cuaca sejuk. Waduh… Terasa nikmatnya. Nak cuba? Saudari Afy Al Habibiada kongsikan resipinya.
1. Sediakan 1 periuk sup. Penuhkan air dan masukkan daging buku besar (jangan hiris), tulang, sup bunjut / rempah Siam dan potongan akar daun ketumbar. 2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. 3. Perasakan sup dengan secubit dua sahaja garam.Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
4. Keluarkan isi sup tadi.Isi ayam perlu digoreng seketika.
5. Carikkan daging dan isi ayam.Hiris nipis perut.
6. Selepas daging, ayam dan perut dikeluarkan dari sup, tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.
7. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
8. Warna sup yang menepati citarasa.Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.
9. Dalam periuk berlainan, celur seketika kangkung dalam air mendidih.
10. Seterusnya celur taugeh seketika.
11.Celup mi segera. Boleh juga digantikan dengan kuetiau, bihun atau mi.
12. Mi segera yang siap dicelup. Celur sekadar melembutkan sahaja dan jangan biarkan urat maggi terlebih kembang ye.
13. Lauk yang direbus tadi, dimasukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil ketika hendak makan.
14. Inia da seleksi rencah-rencah tambahan yang akan ditambah ke dalam mangkuk Maggi Celup sebelum dimakan. Jumlahnya bergantung pada cita rasa masing-masing.
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan mi segera/ kuetiau/bihun/mi yang telah siap dicelup ke dalam mangkuk. 2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap. 3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
4. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Hanya dengan modal yang kecil, puan-puan dapat menghasilkan Sos Cili Thai homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat sedap dan boleh jimat banyak. Ada rasa pedas, masam dan manis. Sesuai sangat kalau guna untuk cicah keropok, ayam bakar, udang, sotong celup tepung, kerang rebus dan macam-macam lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah ni. Pasti puas hati.
RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah
5 biji cili padi
13 ulas bawang putih
1 cawan gula organik – boleh guna gula biasa
1 sudu makan garam pink
1 sudu makan cuka
Sos ikan secukupnya – boleh abaikan
1 sudu tepung jagung untuk memekatkan sos
CARA MEMASAK:
1. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang putih yang dipotong kasar ke dalam pengisar.
2. Kisar tanpa air. Pastikan tidak kisar terlampau halus kerana kita mahukan kepingan cili yang sedikit kasar.
3. Dalam periuk bersesuaian, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.
4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.
5. Masakkan atas api sederhana besar hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.
6. Tunggu sos sehingga sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.
7. Sedia untuk dinikmati. Mudah buat, sedap dan lebih jimat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!