Kek Marble Paling Sedap, Yang Penting Guna Mentega Best

Share

 

Bagi mendapatkan kek marble yang sedap, kita perlu gunakan mentega yang best. Hasilnya kek marble jadi sangat berlemak dan manis sesuai dengan cita rasa orang ramai. Kek ini adalah kek yang telah lama disajikan kepada tetamu yang datang beraya.

Mak-mak kita dulu selalu buat kek marble. Kek ini sangat sedap dan ada yang suka memakannya dengan mencelupkannya ke dalam teh o panas. Macam-macam style orang makan kek ni. Jom try buat raya ni.

KEK MARBLE

BAHAN-BAHAN
1 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur ayam gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu besar serbuk penaik (diayak)
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko.

CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dan gula kastor selama 10 minit. Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul perlahan.
2. Masukkan esen vanila, tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Guna kaedah kaup balik dan masukkan susu pekat manis. Gaul hingga sebati semua bahan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal. Adunan kedua letak serbuk koko.
5. Sapu marjerin pada loyang saiz 6 inci atau 7 inci. Lapik dengan kertas minyak.
6. Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Tidak perlu ratakan.
7. Ambil pula satu senduk adunan koko. Tindih di tengah adunan pertama tadi. Tidak perlu ratakan juga.
8. Ulang sehingga habis adunan.
9. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Gunakan api atas dan bawah.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas